Get $25 free
loading...

Budak 6 Tahun Meninggal Dunia Selepas 2 Jam Dihantar Ke Sekolah Kung Fu

Gara-gara mengalami masalah untuk berjalan kerana masalah berat badan, seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia selepas 2 jam dihantar ke sekolah kung fu oleh ibu bapanya.

BACA : Budak 2 Tahun Lemas Dalam Parit Hadapan Rumah

Keluarga kanak-kanak itu mendakwa, Deng Qi berada dalam keadaan sihat dan gembira ketika tiba di sekolah Shaolin Xiaolong Kung Fu pada 7 April lalu dan untuk permulaan hanya latihan ringan yang disebut “for some exercise” sahaja untuk pelajar baharu.

Namun, bapa Deng Qi menerima panggilan telefon dari sekolah mengatakan anaknya pengsan dan terus meninggal dunia.

Bapa Deng Qi menjelaskan muka Qi bertukar kepada warna ungu dan terdapat lebam di bahagian perut akibat disepak.

Deng Qi masih sihat sebelum dihantar ke sekolah kung fu

Apabila dilihat dari rakaman CCTV yang berada di kawasan sekolah, didapati Deng Qi dikelilingi beberapa orang pelajar seragam seperti menumbuk dan menyepaknya.

Rakaman CCTV di sekolah Shaolin Xiaolong Kung Fu

“Kamera terlalu jauh dari anak kami, tetapi ia kelihatan seperti seseorang menolak dan selepas itu menyepak serta menumbuknya.”

Rakaman juga menunjukkan beberapa pelajar lain kemudian mengusung Deng Qi ke bahagian perubatan.

Deng Qi semasa dihantar ke sekolah kung fu tersebut

Tetapi sekolah seni pertahankan diri tersebut menafikan kejadian tersebut dan mereka  juga bersedia untuk mengambil tindakan kepada media yang dikatakan merosakkan reputasi sekolah itu.

Sumber : Mirror

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...