Minggu lepas, isteri arwah penyanyi Saleem, Julia Bachok ada memberitahu sekiranya ingin menyanyikan lagu arwah, perlu meminta kebenaran dan perlu memberi bayaran kepada pihaknya.
BACA : “Kalau Nyanyi Lagu Saleem, Kena Minta Izin dan Bayar!”
Walaupun isu tersebut tidak menyentuh nama sesiapa, anak arwah Saleem, Syafiq Farhain telah memberi komen lebih lanjut mengenai isu yang dicetuskan oleh ibu tirinya itu.
“Tak pernah pulak saya dengar kalau nyanyi lagu kena minta kebenaran
Saya nyanyi lagu arwah ayah saya atas permintaan, kadang-kadang ada otai-otai atau abang-abang yang lahir sezaman dengan lagu arwah minta saya nyanyi lagu arwah” – Syafiq Farhain
Melihat video di Instagram Media Hiburan baru-baru ini, sekali lagi Syafiq diminta mengulas perkara tersebut dan memberitahu tidak pernah mendengar atau mengetahui sekiranya menyanyikan lagu mana-mana artis, perlukan kebenaran dan bayaran pada pihak-pihak tertentu.