Get $25 free
loading...

Terlibat Rasuah, SPRM Tangkap 22 Lagi Penguat Kuasa JPJ

Sebelum ini, Mahkamah Majistret George Town mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari terhadap 30 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ bagi membantu siasatan SPRM kerana disyaki melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya di sekitar Pulau Pinang.

BACA : Anggota PDRM Kena Tangkap SPRM, Terima Rasuah Pengedar Ketum

Hari ini, SPRM menahan seramai 22 lagi penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana dipercayai terlibat dengan rasuah iaitu melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan mereka kesemuanya berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang tadi.

Kesemua pegawai penguat kuasa JPJ daripada Pejabat JPJ Pulau Pinang itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu melebihi RM140,000.

Sumber : Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...