Get $25 free
loading...

Lan Pet Pet Mahu Jumpa Pak Ya Secara Tertutup

Selepas mengaku bersalah memukul seorang warga emas yang merupakan pengawal keselamatan, Lan Pet Pet akhirnya ingin berjumpa dengan pengawal keselamatan tersebut secara tertutup.

BACA : Pak Ya Tidak Puas Hati Lan Pet Pet Didenda RM2,000 Sahaja

“Saya mengaku saya bersalah dan memohon maaf dengan apa yang berlaku.

“Saya merancang untuk bertemu pakcik itu untuk menziarahinya. Pada pertemuan secara tertutup, saya akan mengakui kesilapan diri dan meminta maaf di hadapannya,” katanya kepada Harian Metro.

Semalam Lan Pet Pet dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh pihak mahkamah dan telah membayar denda tersebut.

Lan Pet Pet berharap yang Pak Ya akan memaafkannya semasa berjumpa nanti dan dia ada juga memberitahu yang dirinya insaf setelah didakwa di mahkamah buat pertama kali.

Lan Pet Pet juga hairan kenapa dia bersikap memukul pengawal keselamatan pada malam itu kerana dia rasakan dirinya sangat menghormati orang tua.

Mungkin hilang pertimbangan pada malam itu kerana tertekan dan provokasi katanya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...