Seorang wanita yang menghidap kanser payudara tahap 4 meluahkan perasaannya apabila suaminya kantoi curang dengan perempuan lain. Yang menyedihkan lagi, perempuan tersebut adalah adik kandung wanita itu sendiri.
Wanita berusia 44 tahun mendedahkan yang dirinya tidak lama lagi hidup di dunia memandangkan kanser payudara yang dihidapinya sudah merebak hingga ke paru-paru.
Selepas dimasukkan ke dalam wad, wanita tersebut dibenarkan pulang dan mendapati perbezaan yang sangat ketara dengan suaminya.
Saya isteri umur 44 thn .. ade 3 org anak …bln 8 thn lpas sye diisythiarkan ade kanser payudara tahap 4 .. hidup saya sejak tu masuk kluar hospital je la.. payudara sblh kanan dah kena buang.. chemo dah 16 kitaran .. baru keluar hospital je ni .. skarang kanser dah merebak smpai paru paru.. dr bg balik dgn oxygen dan ubat thn sakit..
Sya tahu masa sya dah xlame.. spanjang duduk dlm wad .. sya dh nampak dah biasanya kanser tahap sya ni plg kuat bleh tahan smpai raya ni je.. sya dan kluarga pun dah sign perjanjian utk tidak selamatkan saya ( tak buat cpr atau masuk tiub dlm mulut sya) jika keadaan sya smakin tenat dgn dr hospital.
Sejak sya kluar dr hospital, sya perasan yg husband slalu hilang waktu mlm.. sya xtahu brp lama dah jd mcmni mungkin sejak dr sya duduk di hospital lg sbb waktu tu yg jaga saya di wad anak perempuan kami .. lpas 2 minggu kt rumah dan perhati perangai dia .. saya cakap kt dia .. kalau dia nak kawen lain saya bagi dan benarkan .. cuma jgn kawen waktu saya hidup saja … dan saya nak tahu juga perempuan mana yg dia kacau tu… dia x marah dan x nafikan apa apa.. mungkin dia nampak keadaan saya dah uzur kot, mungkin dia kesian utk bergaduh dgn saya…
2 hari lps saya dpt curi kejap phone dia waktu dia masuk tandas.. betapa hancurnya hati saya jmpa msg ni.. saya cuba kol nombor tu tp x berangkat.. saya gna simcard anak saya kol baru la berjawab..
Terkejut saya bla sya dengar suara yg mnjawab tu suara adik perempuan saya sndiri.. yg boleh komfemkan lg yg dia adik saya bila saya dgr background suara mak saya berleter kt blkg.. saya trus letak phone tu.. saya terkedu xleh ckp apa2..adik saya janda muda baru umur 28 .. model tudung lg .. mstila org berkenan .. tp knapa yg berkenan tu msti suami saya???
Kalau saya serang suami dgn adik… maruah keluarga sya hancur, maruah suami saya dpan anak anak pun habis hancur… saya mungkin dah xlama atas dunia ni.. kalau saya diam .. smua org selamat .. anak saya xkan tahu perangai ayah mereka macamana ..saya rasa mcm nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang !! Saya xmahu susah siapa siapa..Saya dah sedia untuk pergi..
Saya nak tanya klau tuan puan duduk di tmpt sya .. tuan puan buat macamana?
Sepatutnya, masa inilah si suami menunjukkan kesetiaannya terhadap si isteri yang menghitung hari. Tapi sebaliknya, apa boleh buat kalau adik ipar dia ‘belanja’, mungkin.