Get $25 free
loading...

“Aku Dah Duduk 17 Juta Tahun Di Hutan Itu!” – Nenek Kebayan Berjaya Ditangkap

Video kelibat nenek kebayan yang viral di sebuah kawasan rekreasi dipercayai di Lata Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini menimbulkan tanda tanya ramai orang.

BACA : (Video) Hantu Join Lelaki Ini Smule Lagu Sudah Ku Tahu Di Selekoh Tanah Perkuburan Cina

Nenek kebayan itu dirakam secara tidak sengaja oleh seorang ibu yang kebetulan sedang merakam video tiga anaknya yang sedang mandi sebelum muncul nenek kebayan itu sedang berjalan di atas batu di bahagian seberang jeram.

Apa yang menyeramkan, tidak sampai sesaat ketika kamera itu dialihkan ke bahagian kanan sungai, wanita itu sekali lagi berjaya merakam kelibat sama yang sudah beralih tempat dan terus jatuh pengsan.

Nenek Kebayan Berjaya Ditangkap

Misteri video nenek kebayan itu akhirnya terjawab apabila seoarang pakar jin, Sa’ad Ja’afar mendakwa sudah menangkap nenek kebayan itu baru-baru ini yang sebenarnya didakwa adalah jelmaan jin.

Sa’ad memberitahu dia tidak pergi ke lokasi tempat jin itu berada sebaliknya membuat penangkapan secara jarak jauh dengan hanya melihat gambar dan video tempat kejadian.

“Cara saya… Saya tangkap jin itu dulu dan dalam kes ini nenek kebayan itu adalah ketua kumpulan jin kawasan hutan itu.

“Ia menyamar seperti nenek kebayan, dia boleh menyerupai apa sahaja,”- Sa’ad Jaafar

Pakar tangkap jin memberitahu semasa cuba membuat tangkapan nenek kebayan itu ia cuba melarikan diri sebelum mengubah bentuk dirinya dalam beberapa bentuk lain seperti monyet dan pontianak.

Bercakap Dengan Jin Nenek Kebayan

Selepas berjaya ditangkap, Sa’ad mendakwa ia memberitahu sudah 17 juta tahun menetap di hutan itu bersama 14 juta jin yang lain.

“Setelah nenek kebayan itu ditangkap kami ikat dan belasahnya bagi membolehkannya membongkar semua rahsia.

“Apabila sudah ditangkap kami akan soal mereka tetapi bukan memasukkan jin itu ke dalam badan orang lain. Kami akan belasah dan apabila berada dalam keadaan lemah, jin itu akan diletakkan dihadapan kami untuk sesi soal jawab. – Sa’ad Jaafar

Jin yang menyerupai nenek kebayan itu tahu wajahnya berjaya dirakam dan sengaja menampakkan dirinya agar manusia tahu akan keberadaan mereka di dalam hutan itu.

Sa’ad memberitahu nenek kebayan itu sebelum ini hanya memberi tanda kehadiran mereka dan bisikan kepada manusia, tetapi kali ini ia memunculkan diri atas arahan tuannya iaitu dajal.

Video Penampakkan Nenek Kebayan Di Jeram

Nenek kebayan dalam video ni dah kena tangkap oleh pakar jin.Tau tak apa yg nenek kebayan tu bagitau kat pakar jin tu? : http://bit.ly/2VlG4MS

Dikirim oleh TEHPANAS pada Senin, 22 April 2019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...