Rezeki sebuah rumah yang dalam keadaan berselerak dan bersepah ini telah selamat menjadi mangsa rompak oleh dua orang penyamun.
Ini benar-benar terjadi di sebuah rumah di Simpang Ampat, Pulau Pinang pada 24 April lalu apabila dua orang penyamun terpaksa membatalkan niat mereka untuk merompak kerana menyangka rumah tersebut telah dipecah masuk.
Kedua-dua penyamun dikatakan keliru dengan keadaan rumah yang bersepah di mana barangan dalam rumah itu berselerakan di ruang tamu dan di atas tilam termasuk perabotnya juga tidak tersusun.
Pemilik rumah berkenaan, Ang, 77 tahun melihat sebuah kereta putih diletakkan dihadapan rumahnya sebelum terserempak dengan kedua-dua penyamun yang melarikan diri.
Apa yang pelik, penyamun tersebut sempat bertanyakan pada Ang, “Ini rumah awak ke?, sebelum mereka melarikan diri. Mungkin mereka masih dalam keadaan hairan.
Ang memberitahu ini bukanlah pertama kali rumahnya dipecah masuk kerana ia telah berlaku beberapa kali sebelum ini dan dia juga tidak suka mengemas barang serta tidak menyimpan barangan berharga di dalam rumahnya.
Sumber : Sinchew