Get $25 free
loading...

Muat Naik Gambar Tidak Berhijab, Fathia Latiff Dah Buka Tudung?

Sekali lagi pelakon Fathia Latiff mengejutkan peminat dan followers di Instagram apabila memuat naik sekeping gambarnya tidak berhijab dan berambut pendek.

BACA : Fathia Bagi Peluang Kedua Kepada Perogol

Belum lama gambar tersebut dimuat naik, komen pada entri dipadamkan dan semua gambar Fathia telah dipadamkan daripada akaun tersebut.

Sebelum dimuat naik gambar Fathia yang tidak bertudung dalam versi hitam putih, gambar yang berwarna dimuat naik terlebih dahulu sebelum semua gambar dipadam.

Netizen menganggap Fathia sengaja memuatnaik gambar tersebut supaya mendapat perbualan hangat di laman media sosial.

Namun segelintir netizen mengatakan mungkin akaun Instagram Fathia itu digodam dan ramai peminatnya memberikan sokongan kepada pelakon itu agar terus istiqomah untuk berhijab.

Rata-rata netizen tidak mahu Fathia membuka tudung seperti pelakon Emma Maembong yang mengambil keputusan tidak berhijab sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...