Akibat meramas dada dan mencium tangan seorang pemandu Grab wanita, dua lelaki warga asing dibelasah orang ramai di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
BACA : Penumpang Terminum Air Kencing Pemandu ‘Uber China’
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 petang itu, dua lelaki berusia 23 dan 29 tahun berkenaan menggunakan perkhidmatan Grabcar dipandu seorang wanita berusia 27 tahun kerana mahu pulang ke rumah sewa di Taman Juru.
Pemandu wanita itu mengambil dua lelaki berkenaan yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Jalan Stesen Bukit
Lelaki itu memegang dan mencium tangan mangsa serta menarik badan wanita berkenaan sebelum meramas dadanya, mangsa cuba menghalang, namun suspek sekali lagi melakukannya sebelum wanita berkenaan memberi amaran untuk menghantar mereka ke balai polis berhampiran.
Selepas diberi amaran, lelaki itu tidak lagi bertindak sedemikian sehinggalah rakannya muntah dan dia bertindak agresif dengan menarik badan wanita berkenaan dengan kuat untuk memeluk mangsa serta mencabulnya.
Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, pemandu wanita memberhentikan keretanya di Jalan Betik dan meminta lelaki berkenaan untuk keluar dan duduk di kerusi penumpang belakang semula.
Sebaik sahaja memberhentikan keretanya di Jalan Bukit Minyak, mangsa keluar untuk meminta bantuan orang ramai sebelum mereka membelasah dua suspek sehingga cedera di muka.
Dua lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum mereka dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Raya Aidilfitri ( ...

Huawei Band 10 : Varian, Spesfikasi Dan Harga Mala ...

Ramai Pemilik Tesla 'trade-in' Kenderaan Ev Mereka ...

Isteri Edika Yusof Fail Cerai, Akui Sudah Tidak Ti ...