Get $25 free
loading...

Shahrizat gesa pemimpin Umno setia pada ahli, penyokong

Ketua Wanita Umno itu menyarankan pemimpin Umno setia kepada ahli tidak kira semasa susah atau senang.

Shahrizat1KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrizat Jalil mengingatkan pemimpin Umno supaya sentiasa setia kepada ahli dan penyokong walaupun dalam keadaan susah kerana ahli adalah perisai parti Melayu itu.

Ketua Wanita Umno itu berkata, kesetiaan Wanita Umno tidak harus dipertikaikan kerana sokongan mereka kepada parti tidak pernah berbelah bahagi.

“Setia kepada penyokong. Setia kepada ahli semasa susah dan senang. Inilah perisai parti. Jangan setia hanya masa senang, masa susah lari malam hari.

“Setia Wanita tidak bertepi. Wanita tidak ternafi. Sokongan Wanita tidak akan terhenti. Kibarkan panji aspirasi, pandulah transformasi yang dijanji, satu bahtera hanya ada satu nakhoda, ikut arahan,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno ke-71 hari ini.

Katanya, menjelang pilihan raya umum ke-14, rakyat hanya mempunyai 2 pilihan iaitu Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak atau Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin DAP.

“Rakyat ada 2 pilihan, kerajaan BN yang dipimpin Najib Insya Allah akan jadi perdana menteri Malaysia atau nauzubillah pembangkang PH yang akan dikemudikan DAP dan si polan,” katanya.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, budaya tikam belakang tidak harus wujud dalam perjuangan Umno.

“Kerana itu dalam peperangan politik apabila parti kita diasak, keberanianlah yang jadi pedangnya.

“Jangan kita jadi pedang tikam parti sendiri. Itu namanya tikam belakang, bukan permainan kita.”


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...