Get $25 free
loading...

Pakar: Cadangan pembangkang tentang Baitulmaqdis boleh mufliskan negara

Menggantung komitmen komersial, diplomatik dengan AS boleh jejas ekonomi Malaysia kerana AS antara penyumbang terbesar kepada ekonomi, kata ahli akademi Hoo Ke Ping.

Hoo-Ke-Ping_Nurul-Izzah_600hooPETALING JAYA: PKR mesti hentikan tindakan mementingkan diri sendiri dan mengutamakan kesejahteraan negara mengatasi kepentingan politik, kata seorang penganalisis ekonomi.

Menjawab kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Hoo berkata Izzah mengeluarkan kenyataan yang cuai.

“Bagaimana dia dapat idea itu? Ia seperti meminta ketua menteri Pulau Pinang tutup pulau kerana kebanyakan kilang elektronik milik syarikat Amerika Syarikat terletak di Pulau Pinang.

“Dengan menggantung komitmen komersial dan diplomatik, ia juga bermakna kilang-kilang itu akan berpindah keluar dan kita tiada perlindungan menghadapi perkara itu. Pulau Pinang akan muflis.

“Adakah dia berbincang dengan Lim Guan Eng (ketua menteri) sebelum mengeluarkan kenyataan itu? Adakah dia ambil kira bagaimana AS antara penyumbang terbesar kepada ekonomi kita?

“Adakah dia lihat buruk baik idea itu sebelum mengeluarkan kenyataan? Jika mereka pindah keluar, habislah Pulau Pinang,” katanya.

Hoo menambah apabila AS “campurtangan” di zaman bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia hampir mencipta huru hara.

“Adakah dia mahu menjadi punca huru hara berlaku di negara ini? Apabila AS meninggalkan negara ini, ia akan menjejaskan ekonomi dengan teruk dan mungkin membawa kepada negara menjadi “negara gagal”. Negara akan muflis,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan Presiden AS Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis suatu langkah yang buruk Hoo berkata tidak semestinya.

“Bergantung kepada bagaimana kamu melihat isu itu. Tetapi mengecam AS dan merasakan mereka peduli, sebenarnya mereka tidak peduli.

“Masalah antara Israel dan Palestin ini sejak 1948. Mereka masih bergelut selepas lebih 60 tahun.

“Anda rasa Trump ambil peduli perkara itu? Bagi orang Islam ini perkara besar, tetapi bagi Trump, dia menuju laluan lain dan tidak berminat dengan Timur Tengah.

“Tindakan beliau menghalang Barack Obama membantu Palestin menunjukkan dia cuba membawa AS meninggalkan masalah itu,” kata Hoo.

Beliau menambah, Ahli Parlimen Lembah Pantai tidak perlu bertindak seperti itu.

“Dia hanya ada kepentingan politik dalam apa yang dia lakukan itu. Pembangkang mesti henti bercakap untuk kepentingan politik, melupakan rakyat negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kebimbangannya dalam nama berbeza.

Wan Azizah dalam kenyataan mengutuk tindakan Trump dan menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat untuk membincangkan perkembangan selepas keputusan dibuat presiden AS.

“Saya menggesa PM bentangkan usul dan membuat pendirian mengkritik keputusan Trump serta membuka perdebatan bagi membolehkan langkah-langkah wajar diambil Parlimen.

“Semua pihak perlu ketepikan sentimen kepartian demi mencapai resolusi dwipartisan,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...