Semua mangsa daripada 5,368 keluarga itu ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara di 6 jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 13,614 orang pada 9 malam tadi berbanding 13,528 pada 5 petang tadi.
Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa daripada 5,368 keluarga itu ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) di 6 jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.
Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 9,157 mangsa daripada 3,881 keluarga yang berada di 37 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,259 mangsa daripada 1,137 keluarga di 8 PPS.
Selain itu, 814 mangsa daripada 242 keluarga ditempatkan di 8 PPS di Pasir Puteh; 200 mangsa daripada 61 keluarga di 3 PPS di Kota Bharu; 100 mangsa daripada 23 keluarga di 3 PPS di Gua Musang dan 84 mangsa daripada 24 keluarga di 3 PPS di Tanah Merah.
Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan menurun kepada 10.24m pada 9 malam ini berbanding 10.26m pada 4 petang tadi. Paras bahaya ialah 9m.
Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula menurun kepada 3.66m berbanding 3.67m dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50m.
Sementara itu, portal eBanjir Kelantan melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat 9 malam tadi, manakala hujan kadangkala berlaku di beberapa tempat.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini