Baru-baru ini, Nik Elin Zurina binti Dato’ Nik Abdul Rashid yang juga dikenali sebagai pengasas Kelab Warisan Wibawa memuat naik status di facebooknya dengan menyatakan kitab hadis mengandungi banyak fantasi sama seperti filem sains fiksyen, Star Wars.
Menurut sumber berkata, peguam yang pernah mendakwa bahawa pelaksanaan hukuman sebat di Kelantan adalah akibat ketandusan hiburan di negeri itu, kini membuat dakwaan bahawa kitab hadis adalah seperti adegan filem sains fiksyen.
Dalam pada itu, beliau yang juga dikenali sebagai Nik Elin menyatakan bahawa perbezaan antara filem Star Wars dan kitab hadis adalah sekurang-kurangnya beliau tahu bahawa filem Star Wars adalah sains fiksyen walaupun jalan ceritanya mengelirukan.
“Semalam saya menonton Star Wars – The Last Jedi berseorangan malam tadi, macam itu lah saya diperkenalkan kepada buku hadith buat pertama kalinya – Banyak persoalan bermain di dalam kepala saya.
Banyak fantasi. Cuma perbezaannya adalah, dengan Star Wars, kita melihatnya dengan mengetahui ianya adalah sains fiksyen,” Sebelum ini Nik Elin juga pernah menggesa umat Islam supaya “berhenti katakan tudung kepala perintah tuhan“.
Persoalannya apakah tujuan Nik Elin cuba menyamakan kitab hadis dengan filem Star Wars ?
Memetik sumber berkata, dalam filem-filem Star Wars ini digambarkan bahwa kaum Jedi itu mempelajari kekuatannya di dalam kuil. Beberapa hal terkait “Force” yang diterapkan kaum Jedi dalam filem-filem ini juga mirip dengan hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Dalam dunia filem Star Wars Jedi adalah para anggota sebuah organisasi biarawan yang kuno dan luhur, yang terkenal karena bakat mereka dalam menggunakan dan menghormati The Force.
Dengan menggunakan benda-benda hidup di sekitar mereka untuk menggunakan The Force dan memainkan pedang cahaya (lightsabers) khas mereka, para anggota Organisasi Jedi ini bertempur untuk mempertahankan kedamaian dan keadilan.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini