Get $25 free
loading...

Kes Hina Agama, SIS Mahu Undang-undang Kaji Semula

Share This:

Setelah seorang wanita disaman sebanyak RM15,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh kerana didapati bersalah atas tuduhan menghina Nabi Muhammad S.A.W.,Sisters In Islam (SIS) mahu Seksyen 298 Kanun Keseksaan perlu dinilai semula melalui kenyataannya di media rasmi.

“Sisters In Islam mengambil berat kes baru-baru ini di mana seorang wanita telah disaman RM15,000 dan penjara 6 bulan kerana didapati bersalah atas tiga tuduhan menghina Nabi Muhammad di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.”

Sisters In Islam turut mempersoalkan pelaksanaan Seksyen 298 yang secara amnya digunakan ke atas orang bukan Islam yang menghina Islam, namun adakah kenyataan ahli politik yang menghina agama lain didakwa di bawah akta yang sama?

“Mengapakah terdapat pendakwaan terpilih untuk kesalahan-kesalahan sedemikian?” Sebelum ini pada tahun 2014, SIS telah difatwakan sebagai sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...