Get $25 free
loading...

Ibu bapa susah hati terpaksa belanja lebih untuk bas sekolah

Ahli Parlimen Klang mahu kerajaan Selangor pertimbang pengangkutan percuma untuk pelajar miskin.

Prema-Ganapathy

Prema Ganapathy and 4 anaknya.

PETALING JAYA: Prema Ganapathy, 42, mahu menghantar 4 anak-anaknya ke sekolah tetapi tambang bas sekolah terlalu mebebankan.

Dengan pendapatan bulanan hanya RM1,200, beliau menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua perbelanjaan hidup, seperti membayar sewa dan melangsaikan bil.

Prema berkata anak-anaknya mahu ke sekolah tapi beliau tidak mampu menghantar mereka sejak 5 bulan lalu.

Anak-anaknya terpaksa mengulangkaji buku-buku sekolah dengan sendiri.

“Saya tak mampu bayar tambang bas sekolah bulanan atau atau membeli seragam dan kelengkapan sekolah.”

Beliau tidak memiliki kereta dan satu-satunya pengangkutan yang beliau ada ialah sebuah motorsikal.

Apabila tambang bas sekolah dijangka naik awal tahun depan, begitu juga beban ibu bapa seperi Prema.

Preet Kaur, 40, yang bekerja di sebuah pusat panggilan IT, mempunyai 2 anak di sekolah.

Beliau tidak berpuas hati dengan kenaikan tambang, terutamanya ketika beliau bergelut dengan kos sara hidup yang meninggi.

Bagi mengurangkan kos menghantar anak ke sekolah, beliau bersama jiran-jirannya menggunakan perkhidmatan “e-hailing” seperti Uber dan Grab untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

“Kadang-kadang Uber dan Grab tawarkan promosi tambang murah dan kadang-kadang perjalanan itu percuma,” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu menjadi trend di kawasannya di Sri Petaling.

Ibu bapa mengulas laporan mengatakan tambang bas sekolah akan naik antara RM10 dan RM20 apabila penggal sekolah bermula Januari ini.

Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof baru-baru ini berkata maklum balas dari 18,000 ahli gabungan mengatakan mereika tidak lagi mampu menampung kos operasi yang mahal.

Beliau mendakwa ahli gabungan terpaksa menampung kenaikan 50%-80% harga barangan ganti, antaranya kerana nilai ringgit yang lemah.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago juga khuatir dengan kenaikan tambang bas sekolah.

Dalam satu muatnaik di Facebook, Santiago mencadangkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali pertimbangkan penyediaan pengangkutan percuma untuk pelajar sekolah yang susah membayar tambang bas.

“Ibu bapa akan lagi terbeban dengan tambahan kos ini, lagi-lagi dengan kenaikan harga lain yang kita hadap sekarang ini.”

Beliau juga mencadangkan perkhidmatan percuma Bas Selangorku digunakan untuk mengangkut pelajar sekolah.

Jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Meng Yew Choong berkata tambang bas tidak lagi ditentukan oleh kerajaan sejak 2015.

Bekas presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat berkata tambang bukan lagi dibawah bidang kuasa SPAD. Tambang kini ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata kenaikan harga diesel dan susut nilai ringgit memberi kesan kepada pendapatan mereka. Beliau berkata 90% daripada barang ganti terpaksa diimport.

Beliau berkata tambang bas sekolah akan ditentukan selepas pengusaha bas berunding dengan ibu bapa. Mereka tidak ditetapkan oleh mana-mana persatuan atau kumpulan.

Beliau berkata faktor penyumbang kos tambahan itu ialah kewujudan lebih 100,000 pengusaha bas sekolah haram di seluruh negara berbanding 18,000 bas sekolah berdaftar.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...