Get $25 free
loading...

Cukai Perniagaan E-Dagang Tidak Terkecuali

Share This:

Perniagaan secara dalam talian semakin meluas di Malaysia. Peningkatan jumlah celik IT semakin meluas seiring dengan keyakinan jual beli di pasaran maya ini. Begitu juga transaksi perdagangan di alam maya ini bertambah tinggi terutama pengguna internet juga bertambah tinggi.

e-Dagang adalah transaksi sebarang transaksi jual beli yang dijalankan menerusi rangkaian elektronik, termasuk aktiviti pemberi maklumat menerusi medium media sosial, promosi, pengiklanan dan pemasaran.

Sebagai peniaga e-Dagang dan pemilik laman web yang bertanggungjawab, setiap peniaga perlu mempunyai nombor cukai pendapatan. Ini termasuklah melaporkan pendapatan atau kerugian yang diterima daripada aktiviti perniagaan dan aktiviti e-Dagang ini.

Oleh kerana keunikan transaksi e-Dagang, dokumen dan rekod yang perlu disimpan antaranya penyata dari payment gateway (Paypall, ipay88, MOL dan lain-lain), perbelanjaan domestik dan persendirian yang berkaitan, penyata bank dan penyata pendapatan dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang atau Google Adsense. Tidak terkecuali juga dokumen-dokumen yang berkaitan yang dirasakan berkaitan dengan e-Dagang yang dijalankan.

Perbelanjaan perniagaan yang dibenarkan seperti perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatn perniagaan seperti kos kemaskini laman sesawang, bayaran konsultant laman sesawang, bayaran pembaharuan nama domain, akses internet, peralatan telekomunimunikasi, sewa ke atas server dan utiliti yang berkaitan.

Sebaliknya perbelanjaan domestik dan persendirian adalah tidak dibenarkan dikira sebagai perbelanjaan perniagaan e-Dagang seperti bil elektrik dan bil air rumah kediaman. Mahupun apa juga perbelanjaan peribadi seperti pembelian aset kereta, rumah atau perabot.

Seperti mana perniagaan konvensional, segala dokumen, rekod dan akaun perniagaan ini perlu disimpan selama 7 tahun bagi tujuan audit cukai di masa hadapan oleh pihak audit Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bagi pertanyaan lanjut boleh menghubungi LHDNM di laman sesawang http://www.hasil.gov.my atau talian Hasil Care Line 1-800-88-5436 bagi memahami lebih lanjut perbelanjaan yang dibenarkan di bawah e-Dagang.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...