Syarikat yang menjalankan penstrukturan semula ke atas organisasi kerana keadaan kewangan yang tidak stabil akan memberikan kesan lebihan guna tenaga pekerja. Keadaan ini menyebabkan syarikat akan menamatkan perkhidmatan pekerja yang berlebihan.
Kebiasaannya, ketika sesuatu penggajian ditamatkan, sebagai majikan yang bertanggungjawab dan bertimbang rasa akan membuat bayaran sekaligus mengikut terma dan syarat kontrak perkhimatan kepada pekerjanya.
Bayaran sekaligus boleh dinamakan oleh majikan sebagai pampasan atas kehilangan pekerjaan, exgratia, bayaran mengikut kontrak, bayaran pemberhentian, ganjaran atau lain-lain terma.
Penentuan sama ada pembayaran adalah ganjaran atau pampasan perlu didefinasikan mengikut sifat bayaran yang diterima oleh pekerja tersebut.
Bayaran pampasan sebagai contoh adalah disebabkan oleh kehilangan pekerjaan seperti lebihan pekerja. Manakala bayaran ganjaran adalah berkaitan dengan perkhidmatan pekerja yang lalu.
Dalam senario Ahmad, berumur 40 tahun, telah mula bekerja dengan AGet Electronics Sdn Bhd pada 1.6.2005. Beliau diberhentikan kerja pada 30.6.2016 kerana pelaksanaan penggabungan yang melibatkan majikannya dan ini menyebabkan jawatannya diisytiharkan berlebihan.
Majikan membayar kepadanya manfaat pemberhentian sebanyak RM100,000. Ahmad diberhentikan awal daripada penggajian yang mempunyai prospek untuk dilanjutkan sehingga umur persaraan. Manfaat pemberhentian yang diterima dianggap sebagai pampasan atas kehilangan pekerjaan.
Mulai tahun taksiran 2007, bayaran yang diterima oleh pekerja daripada majikan untuk penamatan awal kontrak penggajian di bawah skim pemisahan dikecualikan daripada cukai mengikut subperenggan 15(3) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Subperenggan 15(3) terpakai jika skim tersebut yang mana bayaran telah dibuat tidak menyatakan atau memperuntukkan secara jelas atau tersirat bahawa pekerja akan digaji semula di bawah skim penggajian lain oleh majikan yang sama.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini