Get $25 free
loading...

Tanya Menteri Agama, kini BR1M bukan rasuah lagi? Sudah Menepati Maqasid Syariah?

Saya masih ingat Menteri jaga agama PH pernah kata BR1M hanyalah satu gimik dan rasuah untuk menarik undi.

Oleh itu, saya sedikit takut untuk tanya Kekanda jika pengumuman Guan Eng hari ini bahawa dia akan beri BR1M sebanyak RM100 kepada orang bujang semasa tempoh kempen PRK itu dikira rasuah pilihanraya atau tidak.

Gimik lagi, ke tidak?

Takut nanti Kekanda akan jawab BR1M Guan Eng ini tepati Maqasid Syariah.

Lepas tu, saya tak tahu nak komen apa lagi.

Lebih baik, kita jangan tanya.

PH Beri BR1M untuk orang buang hasil desakan kita

Selama ini, kita sering kritik kerajaan PH untuk mengembalikan bayaran BR1M untuk orang bujang.

Baru Ahad lalu, saya tulis lagi bahawa BR1M untuk orang bujang sepatutnya RM600 untuk tahun lepas dan RM650 untuk tahun ini.
http://bit.ly/2EiOmvs

Tiba-tiba, seorang Menteri PH berjanji di dalam satu ceramah di Semenyih semalam untuk meminta Guan Eng untuk kembalikan BR1M untuk orang bujang.

Hari ini, Guan Eng bersetuju serta-merta walaupun ini dalam tempoh kempen PRK.


Tiba-tiba, ini bukan lagi rasuah seperti yang PH pernah tuduh BN berkali-kali.


Negara bukan lagi bankrap dengan cerita dongeng hutang RM1 trilion.


Bukan juga melanggar peraturan SPR dan etika pilihanraya.


Bukan rasuah pilihanraya.


BERSIH pun akan bisu kerana ahli BERSIH sudah dipilih menjadi lembaga pengarah SPR minggu lepas.


Untuk PH, semuanya suci.


Tak apalah. 

Asalkan anak-anak muda yang memerlukan akan dapat sekurang-kurangnya RM100, walaupun bukan lagi RM450 seperti dahulu atau RM650 untuk tahun ini jika masih di bawah BN.

Angkat sahaja jika dibayar tetapi undi BN dalam PRK.

PH dan Guan Eng tentu akan tambah BR1M jika mereka terus rasa tertekan.

Oleh :Najib Razak 
Previous
Next Post »
loading...