Get $25 free
loading...

Pasti Hangat, Tip Selfie Dengan Menggunakan HONOR 10 Lite

Sebelum ini gempar apabila peranti terbaru daripada Honor menerima sambutan menggalakkan sejak dipasarkan pada Januari lalu.

Pada 9 Januari lalu, menerusi promosi jualan di Lazada dan HiHonor, peranti Honor 10 Lite telah menambat hati pengguna Malaysia dengan jualan mencecah 1,200 unit dalam masa hanya 3 jam dilancarkan.

Apa istimewanya Honor 10 Lite ni?



Merupakan peranti kategori mampu milik, Honor 10 Lite mempertaruhkan beberapa kelebihan yang menjadikannya peranti wajib milik bagi setiap 'kaki selfie'.

Didatangkan dengan tetapan dwi-kamera utama 13MP+2MP dengan bukaan aperture f1.8 dan kamera swafoto tunggal 24MP f/2.0, peranti ini menjanjikan gambar berkualiti dengan kekemasan yang baik.

Memang cantiklah kalau upload dalam Instagram.

Hebatnya Honor 10 Lite ni, kamera utamanya membolehkan teknologi AI yang digunakan dapat membuat pengecaman sehingga lebih 200 daripada 8 kategori yang membolehkan setiap inci gambar korang diproses dengan cantik.


Tak sah ambil gambar kalau kamera tak cantik.  Honor 10 Lite bukan sahaja memberi pengalaman 'selfie' yang menarik malah, terdapat ciri-ciri lain yang sangat berguna dan wajib ada untuk 'si kaki selfie' seperti ciri pelicinan kulit, pelarasan warna kulit, tutup jerawat, pelangsingan muka, sorotan dan bayang-bayang, penetapan kulit berminyak, pembesaran mata, dan pemutihan gigi.

Hebat tak?

Ini bermakna korang tak perlu 'install' mana-mana aplikasi kamera. Ciri-ciri kamera peranti ini sudah sangat-sangat memuaskan.



Dengan kuasa editan berkualiti studio, HONOR 10 Lite membolehkan pengguna menghasilkan seni potret mereka sendiri dari pelbagai pilihan khusus senario: Soft Lighting, Butterfly Lighting, Split Lighting, Stage Lighting and Classic Lighting.


Sementara kamera depan membantu korang menghasilkan gambar yang terbaik, dual kamera dengan AI 13MP + 2MP HONOR 10 Lite aperture f / 1.8 dan f / 2.4 pula membolehkan korang mengambil gambar yang nampak macam pro.



Nak ambil gambar pada waktu malam tiada masalah kerana kamera belakang peranti ini boleh mengesan dan menstabilkan gambar pada waktu malam. Tengoklah contoh gambar yang diambil menggunakan HONOR 10 Lite ni, gempak habis.

Ini kerana, teknologi AI yang diterapkan didalam peranti ini mampu mengiktiraf lebih 500 scenes dalam 22 kategori secara automotik dan menghasilkan shot yang sempurna.

Untuk korang yang mahukan kualiti selfie yang gempak tanpa perlu berbelanja besar, Honor 10 Lite memang telefon yang sangat sesuai.

Kemasan 'bentuk badan' yang premium, Honor 10 Lite peranti yang terbaik untuk korang.
via GIPHY


Bagi korang yang berminat nak dapatkan peranti ini, boleh melalui laman web rasmi Honor Malaysia, https://www.hihonor.com/my/



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...