Get $25 free
loading...

Kenapa TH dipaksa jual tanah kepada Kementerian Kewangan

Tanah TRX: Tabung Haji patut untung besar, kata Najib

11 Jamadilakhir 1440H, Sabtu– Datuk Seri Najib Razak bersyukur kerana tuduhan Pakatan Harapan (PH) terhadap beliau berkaitan isu ‘merompak’ Tabung Haji (TH) dan penjualan tanah Tun Razak Exchange (TRX), kini terbukti semua itu fitnah.
Bekas Perdana Menteri berkata, propaganda PH dahulu mendakwa bahawa TH telah terlebih bayar untuk tanah TRX dan wang TH digunakan untuk ‘bail-out’ syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Walaupun kita jelaskan bahawa pembelian itu akan menguntungkan TH, dan dibuat berdasarkan keputusan serta penilaian panel pelaburan TH, ramai tidak percaya, dan PH berjaya menghasut sehingga ramai yang marah dengan saya,” katanya.
TH sebelum ini membeli tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) bernilai RM188.5 juta dalam pusat kewangan TRX pada 2015, selain mengesahkan bahawa tanah di situ bernilai tinggi dari segi potensi pembangunan dan mempunyai pulangan pelaburan yang baik.
TRX akan direalisasikan sebagai sebuah Hub Kewangan Antarabangsa yang akan menempatkan syarikat konglomerat perniagaan dan kewangan antarabangsa, di samping pembangunan kemudahan prasarana bertaraf dunia.
Bagaimanapun Najib berkata, fitnah yang dijaja terbukti tidak benar apabila kerajaan PH mengesahkan TH sudah menjual tanah TRX itu kepada Kementerian Kewangan, tanpa mengumumkan harga jualan sebenar, kononnya hanya memberi sedikit keuntungan.
“Saya syak harga jualan dari TH kepada kementerian kewangan adalah rendah berbanding nilai semasa dan tidak memberi keuntungan yang berpatutan kepada TH. Kalau TRX ialah antara aset terbaik negara, mengapa TH dipaksa untuk menjual tanah itu bulan lalu?,” soalnya.
Beliau berkata, ketika membeli tanah itu TH mengumumkan bahawa anak syarikatnya, TH Property Sdn Bhd, akan membangunkan hartanah berkenaan dengan Nilai Pembangunan Kasar RM900 juta dan memberi keuntunggan ratusan juta kepada TH.
“Kini, tanah sudah jual. TH Property Sdn Bhd tidak lagi terbabit dengan projek pembangunan. Sebaliknya, syarikat SPV Menteri Kewangan yang akan bangunkan projek ini dengan sendiri ataupun secara usahasama dengan syarikat lain yang mungkin dari pihak swasta.
“Persoalannya, syarikat mana dan siapa yang akan menjadi rakan usahasama kepada SPV ini? Yang patut meraih nilai RM900 juta dan keuntunggan beratus juta untuk tanah TRX ini sepatutnya TH, tetapi kini untung ini akan dikaut oleh pihak lain,” katanya. - ismaweb 
Previous
Next Post »
loading...