Get $25 free
loading...

REIT bukan jual aset? Najib sekolah kan Wan Azizah, TPM

"Kumpul hartanah-hartanah".

"Benarkan para pelabur institusi dan individu mengambil bahagian." 


Macam ini pun bukan bermaksud jual kepentingan dalam hartanah kerajaan ke?


Kerajaan PH nak tipu siapa?


Boleh baca di sini: Apa itu REIT?

https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/siri-perancangan-kewangan-bahagian-2-reit-sejenis-pelaburan-yang-lebih-bijak

"Hal ini membenarkan anda untuk melabur dalam hartanah secara tidak langsung. Anda akan mampu mempunyai sebahagian saham untuk pangsapuri, hotel, hospital, bangunan pejabat, pusat membeli-belah dan gudang bergantung pada REIT apa yang anda membeli."


Saya menjawab posting TPM Wan Azizah Wan Ismail:

1. Buat apa orang labur dalam REIT jika tiada pulangan? 

Siapa dan dari mana pulangan itu datang?

Itu datang dari sewa yang hospital dan airport kena bayar setiap bulan.

2. Selepas REIT ditubuhkan, hakmilik tanah-tanah berkenaan adalah di bawah nama siapa? 

Tentu ianya di bawah nama REIT dan bukan lagi kerajaan.

3. Ya, betul. Jika hanya jual 30% maka kerajaan masih boleh mengawal. 

Tetapi selepas buat REIT dan menjual kepentingan 30%, adakah ianya jauh lebih senang menjual baki 70%?

Tidak perlu untuk menilai setiap bidang tanah lagi kerana setiap unit REIT sudah ada harga pasaran.

Satu lagi. Jangan kelirukan pengawalan dengan pemilikan. 

Jika sekarang, kita pemilik 100%, kita kawal.

Dan kita masih boleh kawal jika kita milik 70% tetapi baki 30% sekarang milik pihak swasta.

Saya juga tidak pernah mempertengahkan isu kawalan di dalam hantaran saya. 


Terima kasih juga kepada TPM kerana mengesahkan bahawa ianya benar-benar niat kerajaan PH untuk menjual 30% kepentingan dalam semua lapangan terbang dan bangunan hospital kerajaan.

Oleh :Najib Razak 
Previous
Next Post »
loading...