Get $25 free
loading...

Projek TRX di bawah 1MDB ini jadi bahan FIRNAH sebelum PRU14, kini......


Projek TRX ini yang di bawah 1MDB menjadi bahan kepada pelbagai fitnah sebelum PRU14.

Kerajaan hanya memberikan RM1 juta sebagai modal permulaan kepada 1MDB.

1MDB kemudiannya meminjam jumlah selebihnya.

Sebab itu tanah bagi TRX ini dijual oleh kerajaan kepada 1MDB pada harga murah.

Pada masa itu, tanah TRX terletak di bahagian lama bandaraya.

Ia bukanlah tanah kosong tetapi sudah didiami oleh kedai, bangunan, pangsapuri dan juga pasar Imbi selama berpuluh tahun.

Harga jualan itu sendiri tidak menceritakan sepenuhnya di mana sebahagian daripada syarat penjualan itu adalah TRX perlu membiayai pemindahan dan pampasan kepada penghuni di kawasan itu.

Ia adalah satu proses yang perlahan dan mahal.

Contohnya, Kompleks Bersepadu Komersil Pudu (ICC) dibiayai dan dibina oleh 1MDB sebagai ganti kepada pasar Imbi. Ia dibuka pada April 2016.

1MDB juga diberitahu bahawa kerajaan tidak akan membiayai pembangunan infrastruktur bagi TRX.

Lokasi tanah TRX ialah kawasan yang sesak di bandaraya Kuala Lumpur.

Oleh itu 1MDB perlu membiayai dan membina infrastruktur bernilai RM3 bilion yang turut mencakupi beberapa terowong bawah tanah bagi menghubungkan TRX dengan lebuhraya berhampiran.

Kesemua ini menokok tambah kepada kos tanah yang dibeli 1MDB.

Satu lagi propaganda pada masa itu ialah mengenai bangunan Exchange 106 kononnya dimiliki sepenuhnya oleh syarikat asing dan bukan oleh Malaysia.

Ini tidak benar. Kerajaan memiliki 51% daripada Exchange 106 ini.

1MDB juga memiliki 40% daripada pembangunan LifeStyle Quarter di TRX.

Syarikat hartanah terbesar Australia, Land Lease yang memiliki baki 60%.

Pembangunan LifeStyle Quarter ini merangkumi sebuah hotel mewah, enam menara kediaman dan sebuah premis peruncitan serta sebuah taman.

Sebelum PRU14, syarikat seperti HSBC, CCCC, Prudential, Affin Bank dan banyak syarikat lain telah membeli tanah daripada 1MDB dan membina ibupejabat rantau mereka di tanah berkenaan.

Terdapat banyak lagi tanah kosong menanti untuk dibangunkan di TRX dan dimiliki oleh 1MDB.

Bagaimanapun, salah satu lot tanah itu dijual kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta atau pada harga RM2,773 sekaki persegi.

Lanjutan dari pembelian Tabung Haji itu, pembeli lain telah membayar RM3,500 sekaki persegi, malah ada yang membayar lebih dari RM4,000 sekaki persegi.

Pada masa itu, Tabung Haji diserang bertalu-talu oleh PH dengan mendakwa 1MDB telah merompak Tabung Haji.

Tetapi apabila propaganda itu diulang-ulang tanpa henti serta membangkitkan emosi rakyat, sukar untuk kita memberitahu mereka logik ini.

Semalam Guan Eng nyatakan sekali lagi bahawa projek TRX bernilai RM40 bilion menguntungkan dan kerajaan akan meraih untung biarpun selepas mengambilkira kos dan faedah pinjaman bagi projek itu.

Nilai aset ini kepada kerajaan bakal meningkat dan bernilai lebih tinggi pada masa akan datang.

Ini belum lagi mengambil kira hasil cukai yang diperolehi daripada fasa projek pembinaan dan hasil cukai daripada pekerja dan syarikat yang beroperasi di TRX ini kelak.


Oleh : Najib Razak
Previous
Next Post »
loading...