Get $25 free
loading...

Ads: Huawei nova 4 the pinnacle of tech beauty

Model Nova 4 telah sedia diperkenalkan Disember 2018 yang lalu, dan hari ini, pasaran tempatan pula akan menerima kedatangan peranti Huawei itu secara rasmi.  Huawei Nova 4 dilengkapi dengan skrin paparan 6.4 inci Punch FullView dan merupakan yang pertama seumpamanya  dijual di Malaysia.



Peranti ini tampil dengan rekaan lubang pada penjuru kiri atas yang menempatkan lensa selfie 25MP (f/2.0).  Model ini merupakan siri Nova pertama yang diperlengkapkan dengan tiga kamera belakang, gabungan lensa 20MP (f/1.8)+16MP (f/2.2)+2MP(f/2.4). 


Kamera utama dijanjikan dengan keupayaan rakaman baik pada waktu kurang cahaya. Lensa 16 MP memberikan rakaman sudut lebar pada 117 darjah sudut pandangan.

Selain itu, Nova 4 ini akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang disokong oleh pengecasan pantas 18W.  



Peranti disertakan dengan bicu audio 3.5mm dan sebuah pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.  Menguasakan bahagian dalaman peranti adalah cip pemprosesan Kirin 970 (4 x Cortex- A73 2.36GHz, 4 x Cortex-A53 1.8GHz) serta sistem memori RAM 8GB dan simpanan 128GB.

Menarik tentang peranti ini, pengguna boleh menetapkan video sebagai nada dering. Huawei Malaysia menawarkan dua warna iaitu Crush Blue dan Black yang dijual pada harga RM 1899.

Huawei Nova 4 boleh dibeli dari Huawei Experience Store, pengedar sah seluruh negara. Untuk maklulmat lanjut layari website rasmi Huawei ataupun Facebook rasmi di Huawei Mobile Malaysia.

lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...