Get $25 free
loading...

(TERKEDU MACAI DAP) Sekolah vernakular HALANG PERPADUAN : Perdana Menteri


KUALA LUMPUR17 Safar 1440HJumaat – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewujudan sekolah vernakular di negara ini hanya menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat, lapor portal New Malaysia Times.
“Pada permulaannya, kita mahu mempunyai satu sistem sekolah kebangsaan. Bagaimanapun, sesetengah orang meminta agar mereka dibenarkan mengikut budaya mereka sendiri, budaya negara-negara asal mereka.
“Kami membenarkannya, lalu ia menyebabkan wujudnya tiga aliran utama – sekolah kebangsaan di mana mediumnya Bahasa Melayu, sekolah Cina dengan bahasa Mandarin dan sekolah Tamil dengan bahasanya.
“Ini bermakna berlainan bangsa pergi ke sekolah yang berbeza. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan apabila mereka tamat sekolah, mereka pergi bekerja dengan kaum lain yang tidak mereka kenali. Ini menjadi penghalang kepada perpaduan negara,“ katanya pada program bersama rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Bangkok, Thailand, semalam. 
Beliau berkata, kerajaan terpaksa menerima tuntutan yang dibuat oleh kaum lain untuk belajar dalam bahasa mereka sendiri.
Masalah sekolah vernakular sering menjadi isu kontroversi, terutama sejak Dr Mahathir menjadi perdana menteri dari tahun 1981 hingga 2003. 
Beberapa pemimpin UMNO serta kumpulan nasionalis Melayu telah meminta sekolah vernakular dimansuhkan, dengan mengatakan ia menghalang perpaduan negara.
Namun, ini adalah kali pertama Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian sebagai perdana menteri ketujuh.
Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, pendidikan dalam negara perlu berkembang dan apa yang diajar 30 tahun yang lalu tidak boleh diguna pakai sekarang.
Beliau meminta lebih banyak penekanan kepada Sains dan Matematik jika negara mahu bergerak ke arah menjadi negara yang membangun.
“Ini kerana graduan dengan kemahiran itu akhirnya akan lebih mudah mendapatkan pekerjaan. Jika pelajar mempelajari mata pelajaran seni, seperti kesusasteraan dan sebagainya, maka mereka mungkin sukar mendapatkan pekerjaan,” katanya. - ismaweb
Previous
Next Post »
loading...