Get $25 free
loading...

Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung


KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiada masalah jika perbicaraan anak guamnya disiarkan secara langsung.
Shafee menerima baik cadangan itu kerana ia membolehkan rakyat mengikuti perbicaraan Najib secara telus.
“Saya tiada masalah. Saya fikir apa-apa perlulah telus. Tiada apa-apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Najib sebelum ini menyifatkan pendakwaan terhadapnya peluang terbaik untuk membersihkan nama dan membuktikan beliau bukan pencuri. 
Najib tampil hari ini bagi pengurusan kes 21 pertuduhan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.
Pendengaran bagi pertuduhan itu ditetapkan pada 29 November ini.
Previous
Next Post »
loading...