Get $25 free
loading...

(Berani Kerana Benar, Takut Tak Siar Live) Kerajaan tak setuju siar perbicaraan Najib secara langsung


KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menolak cadangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib disiarkan secara langsung.
Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, selain pertuduhan berkaitan Najib, lebih banyak lagi isu penting berlaku dalam negara yang memerlukan liputan khususnya dari media rasmi kerajaan.
“Ini adalah kali kedua soalan sebegini diajukan kepada saya. Saya sudah katakan sebelum ini tidak ada siaran langsung berkaitan perbicaraan pertuduhan Najib.
“RTM mempunyai siaran yang terhad begitu juga Bernama. Banyak lagi perkara lain memerlukan liputan di dalam negara. Namun seperti yang saya nyatakan laporan berita mengenai perbicaraannya ada disiarkan,” katanya.
Gobind berkata demikian menjawab cadangan dibangkitkan Shafee semalam bahawa langkah menyiarkan perbicaraan Najib sebagai suatu idea bernas.
Shafee berkata, beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraan itu disiarkan secara langsung kerana prosiding itu akan dijalankan dengan telus.
“Cadangan itu satu cadangan yang bagus…biar semua orang tahu apa yang berlaku sepanjang perbicaraan. Tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya.
Najib sebelum ini berkata perbicaraan tersebut adalah platform terbaik untuk membersihkan namanya daripada semua tuduhan yang dibuat terhadapnya.
Beliau berdepan 38 pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd. - fmt
Previous
Next Post »
loading...