Get $25 free
loading...

Pudin TIPU? Kerajaan malaysia tidak bincang isu 2.6 billion


Menteri Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir telah menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia mahupun Menteri Luar dan Perdana Menteri Malaysia tidak pernah bertanya mahupun berbincang soal isu 2.6 Billion yang didermakan kepada Kerajaan Malaysia melalui akaun bank bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.
Beliau (Adel) menyatakan bahawa tiada sesiapa daripada kerajaan Malaysia yang pernah bertanya dan berbincang mengenai perkara itu (isu 2.6 billion).” kata seorang wartawan bebas yang berjaya menemubual Adel semasa tiba di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.
Menurut wartawan tersebut, apabila ditanya mengenai kenyataan Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah mengenai kenyataan beliau (Adel) yang mengatakan Kerajaan Saudi tidak ada kena mengena mengenai derma 2.6 billion itu semasa persidangan PBB di New York dan semasa di Wisma Putra semalam, Adel menafikannya.
Itu mungkin andaian beliau (Saifuddin) sahaja, tapi Menteri Luar Arab Saudi telah menyatakan dahulu yang Kerajaan Saudi sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“Dan mereka juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu mereka, isu itu telah ditutup,” kata wartawan bebas tersebut.
Previous
Next Post »
loading...