Get $25 free
loading...

Nak bunuh Umno? Langkah mayat saya dulu...


Perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan agar tidak terus 'bermain api' untuk membunuh Umno.

Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jika Dr Mahathir terus menerus cuba membunuh Umno, beliau tidak akan teragak untuk menghalangnya.

Katanya, Umno tidak akan mati sepertimana yang didakwa Dr Mahathir kerana parti keramat Melayu itu mempunyai akar umbi.

"Sebab itu “Rule of law” dipermainkan oleh Kerajaan PH.

Najib dilumatkan dengan 31 pertuduhan. Beberapa pemimpin Umno akan dikejar sampai ke lubang cacing supaya menyerah diri.

"Kepada Tun M, jika itu caranya untuk membunuh Umno maka jawapan saya kepada Tun M ialah “langkah mayat saya dulu”.

"Kehadiran 15 wakil Kelab Umno Luar Negara dan hampir 54 orang wakil Mahasiswa Nasional di PAU 2018 adalah bukti pelapis Umno tidak gentar dengan cara kasar Tun M," katanya yang dipetik menerusi catatan di Facebooknya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan  Dr Mahathir yang membayangkan Umno, sebagai tulang belakang kepada BN yang tewas pada PRU14 Mei lalu, akan berhadapan satu kejatuhan.

Berucap pada satu majlis di New York,  Perdana Menteri berkata, ramai ahli parti  berkenaan mengambil keputusan meninggalkan  Umno kerana mereka kini tidak lagi rasa takut kepada bekas presiden parti, yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Dr Puad mengingatkan pemimpin Umno daripada peringkat majlis tertinggi hingga ke ketua bahagian bersedialah untuk diterajang dan dihumban oleh regim Dr Mahathir.  - SH
Previous
Next Post »
loading...