ALOR SETAR, 19 Julai (Bernama) -- Pasar nelayan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah hari ini diserbu orang ramai yang mengambil peluang membeli ikan kembung atau lebih dikenali sebagai 'ikan temenung' dalam kalangan penduduk tempatan berikutan harganya merudum kepada RM2.50 dan RM3 sekilogram berbanding kebiasaan RM12 hingga RM15.
Fenomena yang dikenali sebagai 'ikan naik ke darat' dalam kalangan nelayan itu menyaksikan pasar tersebut dikunjungi bukan sahaja penduduk setempat tetapi juga dari luar daerah sejak awal pagi untuk membeli hasil laut terus daripada nelayan yang baru mendarat.
Ketika ditemui Bernama di pasar berkenaan, seorang nelayan Ahmad Yusni Jaafar, 40 berkata fenomena ?ikan naik ke darat' bukanlah suatu yang luar biasa sebaliknya merujuk kepada keadaan ikan berada lebih dekat dengan pantai. - Bernama