Aku mula-mula guna Unifi pada tahun 2014. Pada tahun tu pendaftaran aku hanyalah menggunakan Unifi pakej Vip5. Kelajuan maksima pun hanyalah setakat 4.+Mbps. Ketika itu dah kira heaven dah walaupun speed internet tak menyamai kelajuan 4G, tapi kuota bandwidth unlimited. Meaning to say, boleh pakai sampai lebam. Hehehehe.
Tak lama kemudian setelah kontrak 2 tahun bersama Unifi tamat, aku ditawarkan pulak dengan naik taraf dengan harga istimewa. Dipendekkan cerita, aku accept tawaran tersebut and the rest is history. Bermulalah kehidupan aku pakai Unifi Advance 30Mbps pulak.
So far speed okay, ping time pun okay. Lepas tukar router ASUS RT-N12HP yang lebih mantap pun, connection makin better. Fuh.. bagi aku puas hati dah pakai Unifi.
Akan tetapi layanan baik Unifi terhadap aku tak berhenti setakat tu saja. Selang 5 bulan daripada tarikh naik taraf yang aku terima, aku terima naik taraf lagi sekali. Kali ini bersempena dengan janji TM sendiri yang diumumkan dalam Bajet 2017.
You know what, untuk naik taraf seterusnya ni, aku dapat sambungan internet berkelajuan 50Mbps pulak. Yeayy!! Memang suprise yang tidak aku sangka-sangkakan. Harga bulanan bayar maintain, cuma speed ditambah. Tiada sambungan kontrak.
Dan proses naik taraf ini tidak berhenti setakat itu sahaja. Kerana selepas ini aku ada terima satu email berkenaan dengan naik taraf Unifi Turbo daripada pihak TM yang akan dimulakan pada Ogos 2018. Ini selaras dengan janji kerajaan baharu untuk gandakan kelajuan internet di negara kita.
Yeay.. so dengan email yang baru aku terima ini bermaksudnya kegembiraan aku dengan Unifi akan berganda-ganda jugak lah kan. Cuma, I am not sure how much infra TM dekat rumah aku dapat support. Hopefully ianya capable untuk melonjak naik ke maksima speed iaitu 500Mbps pulak. Heee.. Lucky me kan. Alhamdulillah. 🙂