Saya ingin mengucapkan tahniah kepada PAS juga NGOs serta setiap individu rakyat Malaysia yang bertegas menuntut tindakan tegas ke atas P. Ramasamy (Tmbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE.
Individu seperti Ramasamy ini kita anggap berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama dalam negara ini.
Bahkan, organisasi LTTE itu telah diistiharkan oleh PDRM dan pihak antarabangsa sebagai kumpulan pengganas. Ia amat merbahaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang berbeza dan mengkritik mereka.
Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati.
Semoga Allah merahmati PAS, NGOs dan semua individu yang bangkit dengan tegas dalam isu ini. Ya Allah!
Selamatkanlah negara kami.