Get $25 free
loading...

Lebih 10,000 hadir Himpunan Kebangkitan Ummah


KUALA LUMPUR, 15 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Gelombang kebangkitan umat Islam di bangunan Komtar Pulau Pinang semalam, kini diteruskan di Padang Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini.
Lebih 10,000 mula membanjiri lokasi Himpunan Kebangkitan Ummah yang bertemakan “Malaysia Baru Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam” yang dianjurkan oleh Gabungan Pembela Ummah yang dianggotai 300 pertubuhan.
Pemimpin-pemimpin umat Islam di kalangan pertubuhan NGO Melayu dan Islam telah berucapan menyampaikan mesej masing-masing kepada pihak kerajaan.
Antara isi ucapan ialah menentang pengiktirafan Sijil UEC, memartabatkan bahasa dan kedudukan Melayu dan Islam.
Pelbagai kain rentang dan sepanduk telah diangkat antaranya “Pertahan Identiti Negara”, “Satukan Pendidikan Negara”, “Islam dan Melayu Identiti Negara” dan “Hormati Hak Melayu”.
Turut hadir pemimpin parti PAS seperti Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan Ustaz Nasruddin Tantawi. - Ismaweb
Previous
Next Post »
loading...