Get $25 free
loading...

[MENTERI SEMUA AGAMA] Akta Kebencian Agama dan Kaum DIGUBAL

Mujahid Yusof Rawa berkata kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia perlu diberi perlindungan. (Gambar Youtube)
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat untuk mengemukakan rang undang-undang mengenai Akta Kebencian Agama dan Kaum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, akta tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki.
“Rang undang-undang ini bertujuan melindungi, bukan sahaja Islam dihina, tapi agama lain juga yang dihina boleh diambil tindakan.
“Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang melibatkan kepelbagaian kaum dan agama perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekali pun dilarang dicaci dan dimaki,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui sejauh mana kerajaan PH bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama. - FMT
Previous
Next Post »
loading...