Get $25 free
loading...

Mahasiswa IPT berhimpun bantah iktiraf UEC hari ini, ahad


KUALA LUMPUR, 9 Zulkaedah 1439H, Ahad – “Hidup rakyat, bantah UEC,” demikian laungan semangat ratusan mahasiswa yang berhimpun semalam, bagi menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Perhimpunan anjuran Gabu­ngan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) itu diadakan sekitar Masjid Negara, dan kemudian mereka berarak ke dataran Sogo secara berasingan selepas dihalang pihak polis.
Presiden Gamis, Faizzudin Mohd. Zai berkata, pengiktirafan UEC tidak seharusnya timbul, memandangkan dasar pendidikan kebangsaan yang sedia ada masih relevan.
Katanya, himpunan yang diadakan bukan atas dasar rasis dan politik, tapi hanya kerana mahu menegakkan sistem pendidikan negara.
“UEC jelas bercanggah dengan Perlembagaan. Kita mesti bantah,” katanya.
Antara yang hadir himpunan adalah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin.
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.
UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.- ismaweb
Previous
Next Post »
loading...