Get $25 free
loading...

"musuh" bersatu TOLAK Tun M tafsir agama (Ustaz Zamihan, RORA, Nasruddin)



PANDANGAN USTAZ DR. ZAMIHAN, PRESIDEN ASWAJA

JANGGAL DAN BAHAYA

Kenyataan PM cukup jangal dan amat mengelirukan. Beliau seeloknya berhati-hati dalam mengemukakan pendapat peribadi dalam urusan Agama. Apatah lagi apabila pendapat yg diketengahkan itu mempunyai persamaan unsur dgn golongan Anti Hadith atau Quraniyyun. Inilah dambaan wajah Malaysia Baharu? 

Hakikatnya, Al-Quran dan Hadith Nabi SAW tiada percanggahan sama sekali. Kedua-duanya merupakan sumber perundangan Islam yg disepakati oleh para ulama ASWJ sebaris dgn Ijma dan Qiyas. 

Bukankah Allah SWT menjelaskan bahawa Nabi SAW sendiri tidak bertutur dgn hawa nafsu Baginda semata-mata sebaliknya Baginda bertutur dgn wahyu dari Allah SWT? 

Jika ada sedikit percanggahan sekalipun, para ulama berusaha mencari wajah persamaan antara keduanya berdasar disiplin ilmu yg jelas melalui ilmu tafsir, usul feqh, mantiq, balaghah, nahi soraf dll. 

Kenyataan bahawa ‘hadith boleh diikut. Kalau tidak mahu ikut pun tidak mengapa’ merupakan satu kenyataan yang berbahaya dari beberapa sudut:

1. Kenyataan ini menjustifikasikan keraguan terhadap hadith sbg sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran al-Karim. Barangsiapa yang meragui kedudukan hadith sbg sumber perundangan Islam yang kedua maka dia telah menolak sebahagian besar dari keterangan Allah dan RasulNya secara nyata. Situasi ini boleh membawa seseorg itu terkeluar dari Agama Islam. Nauzubillah Min zalik. 

2. Kenyataan ini menjustifikasikan bahawa di dalam hadis2 sahih yg dikumpul para ulama hadith tidak boleh diterima kesemuanya. Saya sendiri pernah diberitahu oleh Kassim Ahmad bahawa kandungan hadith Sahih Al-Bukhari 2/3 darinya adalah TIDAK BETUL dan tidak boleh diterima. Bahkan beliau mendakwa hadith2 berkenaan perlu dinilai kembali. Malang sekali jika TM mengulangi fikrah sebegini. Utk apa kenyataan TM disiarkan bersama-sama dgn gambar tokoh Anti Hadith berkenaan? 

3. Kemungkinan besar TM tersilap dlm mendefiniskan istilah Sunnah dan sunat. Sunnah ialah sesuatu yg disandarkan kpd Nabi SAW samada melalui perkataan, perbuatan dan perakuan. Manakala sunat ialah amalan yg diberi pahala kpd pembuatnya dan tidak diberi dosa jika meninggalkan perbuatan berkenaan. Mungkin TM memaksudkan lafaz Sunnah disini bermaksud sunat. 

Walau bagaimanapun TM tidak wajar membicarakan urusan agama dlm keadaan beliau sendiri tidak mengetahui hakikatnya. Beliau seeloknya terlebih dahulu memohon pencerahan dari para ulama sebelum mengeluarkan kenyataan sebegini. 

Ingatlah bawa kekuasaan Firaun tidak menjadikan dia seorang yang benar. Kekayaan Qarun  tidak menjanjikan dia seorang yang terselamat dari azab. Kehebatan dajjal tak menjadikan dia terselamat dari kekufuran. Inikan pula kita manusia yang biasa. Allahu Allah! 

Usahlah mengampu disebalik kebatilan! Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa menghidayahkan hati kita Ke arah apa yang disukai lagi diredhaiNya.

- Ustaz Dr. Zamihan Al-Ghari

PANDANGAN USTAZ DR. ROZAIME RAMLE (RORA), AHLI MAJLIS FATWA NEGERI PERLIS 

Ketika membaca kenyataan awal Perdana Menteri tentang reformasi pentadbiran agama awal dulu saya menjadi gembira apabila YAB PM mahu menjadikan al-Quran dan hadis sahih sebagai rujukan.

Namun tadi saya diberikan keratan akhbar yang menyedihkan saya apabila membacanya ketika YAB PM mengatakan sunnah boleh diikut dan boleh untuk tidak diikut.

Jangan keliru antara sunat dan sunnah. Sunat itu yang ada pilihan sama ada untuk buat dan tinggal. Jika dibuat dapat pahala. 

Tetapi apabila berbicara tentang sunnah, wajib ke atas Muslim untuk mengiktiraf ia adalah hujah dan mempunyai autoriti dalam agama. Sebab itu kita digelar ahlu sunnah kerana kita mengiktiraf autoriti sunnah sebagai sumber hukum.

Ketika Allah mengarahkan pertukaran kiblat dari Baitulmaqdis ke Baitullah, Allah menjelaskan bahawa arahan menghadap ke Baitulmaqdis itu adalah arahan Allah. Namun tidak ada satu ayat Al-Quran pun yang mengarahkan Muslim menghadap Baitulmaqdis. Pastinya arahan ini dibuat oleh Nabi sallallah alaih wasallam. 
Bila arahan Nabi sallallah alaih wasallam ini diiktiraf sebagai arahan Allah juga, maksudnya hadis itu juga adalah wahyu sehingga ia juga diiktiraf sebagai arahan Allah.

Jelas al-Quran menunjukkan sunnah adalah autoriti dan sumber hukum yang wajib diimani oleh setiap Muslim. Jika tidak, ia membahayakan akidah. 

Saya juga mengharapkan orang agama yang rapat dengan YAB PM dapat memberi nasihat yang betul kepada beliau. 

Namun saya melihat seolah-olah sudah ada pihak agamawan yang menegur beliau kerana Sinar Harian telah membuat pembetulan pada kenyataan PM. (https://ift.tt/2uC8tzC)

-Dr Rozaimi Ramle

PANDANGAN USTAZ NASRUDIN HASSAN (PEMIMPIN PAS) 

TOLAK HADIS MEROSAKKAN AQIDAH

Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam mestilah merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah. Al Quran dan As Sunnah adalah sumber utama Islam. Ianya suatu yang telah disepakati oleh para alim ulamak.

Menolak hadis atau menganggap tidak terima hadis itu tidak mengapa, adalah pandangan yang batil dan salah. Menolak hadis yang mutawatir dan sohih boleh merosakkan aqidah. 

Kalau benar ikut Al Quran, maka kena ikut sunnah Nabi saw. Sebab Al Quran yang suruh kita ikut Nabi saw.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Aali Imran : 31

- Ustaz Nasrudin Hassan
Previous
Next Post »
loading...