Get $25 free
loading...

PH tutup IKSIM? - Alat Politik atau Mangsa Politik Benci Islam


*IKSIM -  ALAT POLITIK ATAU MANGSA POLITIK?  AND THE 23 POINT CHECKLIST...*

*NOTA : Bagi yang tidak ada stamina untuk membaca posting yang agak panjang, boleh terus scroll down ke point (15) di bawah untuk maklumat2 ringkas. Bagi yang lain2, boleh mula di sini 👇

(1) Ketika saya, Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, ditawarkan pada Ogos 2015 untuk bertugas di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) sebagai Felo Kanan, saya sejujurnya tidak tahu, malah tidak pernah dengar tentang IKSIM.

(2) Naturally, saya minta maklumat lanjut daripada IKSIM sebelum membuat keputusan.

(3) Antara maklumat2 yang dibekalkan kepada saya, ada yang mendorong saya memberitahu kepada isteri saya "Kalau tidak atas nama kerja pun, sudah menjadi kewajiban ke atas kita sebagai orang Islam untuk memperjuangkan perkara2 ini."

(4) Perkara2 ini diringkaskan oleh IKSIM sebagai TRAPI :

T -  TERAPKAN Kesedaran Bahawa ISLAM ADALAH AGAMA NEGARA

R -   RASAKAN Kecintaan Mendalam Terhadap HIFZUDDEEN sebagai KEWAJIPAN kenegaraan

A -  AWAS! Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme Agenda PENGHAKIS AKIDAH Islam Bagi MERUNTUHKAN KEDAULATAN Negara

P -  PERPADUAN UMMAH Yang Berpaksikan Kecintaan Terhadap Agama Negara Merupakan Teras Kedaulatan Negara

I -  IKATKAN Akidah Yang Mantap Demi Kegemilangan Masa Hadapan Ummah

(5) AlhamdulilLaah , semenjak itu, saya melakukan apa yang sebelum itu saya lakukan di atas kapasiti peribadi, memperjuangkan agama Islam, Ahlis Sunnah wal Jamaah, sekarang di atas platform IKSIM sesuai dengan objektif IKSIM yang digambarkan di dalam tagline DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA.

(6) Namun demikian, ada di kalangan masyarakat, termasuk di kalangan ummat Islam yang kami anggap sebagai rakan seperjuangan atau paling tidak, rakan strategik yang terpengaruh dengan tanggapan dan propaganda negatif yang dilancarkan pihak-pihak berkepentingan terhadap IKSIM.

(7) Dengan tujuan untuk memberikan kefahaman dan pencerahan, Di dalam point (9) dan (10) di bawah adalah apa yang saya luahkan kepada rakan2 sesekolah saya (dengan sedikit modifikasi untuk menutup identiti pihak tertentu dan untuk memudahkan kefahaman) tentang tuduhan2 dan persepsi negatif yang ditimbulkan terhadap IKSIM.

(8) Luahan saya itu sebagai respon kepada apa yang dicadangkan oleh kawan2 sesekolah saya rentetan cadangan kumpulan G25 agar IKSIM dihapuskan yang mana perbualannya seperti berikut  (UEF = Ustaz Engku Ahmad Fadzil) 👇

[31/05, 3:04 pm] Kawan A: Besides doing away with the Biro Tatanegara (BTN), Noor Farida said the group also proposed that the Institute of Islamic Strategic Research Malaysia (IKSIM) be abolished.
Read more at https://ift.tt/2ms1K6N
[31/05, 3:04 pm] Kawan A: NGO UEF kena jawab ni👆
[31/05, 3:12 pm] Kawan A: Sebab tu penting set NGO Islam kena pakat bersuara ..biar tenggelam suara dan tuntutan puak yang tak nak kepada Islam
[31/05, 3:16 pm] Kawan B: Iksim kena minta appointment dgn cep atau institutional reform
[31/05, 3:23 pm] Kawan A: Minta appointment jumpa TDM terus dengan pengarah jakim sama
[31/05, 3:24 pm] Kawan A: ..baik jumpa cepat sebelum jarum2 halus puak ni masuk ke fikiran dia
[31/05, 3:30 pm] Kawan C: Tak der orang pergi dakwah ker G25 ni?
[31/05, 3:32 pm] Kawan C: Ajak muzakarah dgn G25 ni sekali.. apasal dia marah sgt dgn institusi agama di Malaysia ni..

(9) Respon saya 👇

[31/05, 4:23 pm] UEF: G25 ini pertubuhan tidak berdaftar. Report lodged against them 2 years ago, tetapi tiada apa2 tindakan. They are promoting agenda not only against Islam but also against the Federal Constitution. Dah engaged berdepan dah dengan mereka ni. CEO IKSIM sendiri explain kedudukan Islam dalam Perlembagaan kepada Sharrif Kasim ni, baru tahu rupa2nya mereka buta perlembagaan.
Masalah juga, nak buat macamana, kekadang mentaliti orang kita, kebencian politik terbawa2 sehingga sceptical terhadap segala perkara... apabila IKSIM dedahkan ancaman2 yang mengancam Islam di tanahair hasil kajian dan dapatan kami, malah sesetengahnya kami kaji sehingga ke dalam program2 mereka sendiri, IKSIM dituduh sebagai preacher of hatred, fear-mongering dsb.
Agenda Radical Evangelists yang kami dedahkan bukan sahaja dianggap oleh ummat Islam sendiri sebagai bogeyman untuk mempertahankan kerajaan BN, bahkan kerajaan BN sendiri ketika itu in the state of inactions isu2 sebegini, mungkin risau undi2 Kristian, kesannya police reports seem not acted upon.
Kita dedahkan elemen2 evangelism bukan di dalam DAP sahaja, malah di dalam previous government pun ada elemen2 sebegini didedahkan.
The previous government ketika itu samada belum/tidak mengambil tindakan sewajarnya sehingga CEO IKSIM terpaksa dedahkan ancaman ini di dalam Putrajaya International Security Dialogue (PISD) di depan pegawai2 KDN dan duta2.
Mereka sendiri tak selesa dikejutkan daripada sikap complacent mereka. Ada kedutaan yang selepas itu menyatakan support, namun ada juga wakil kedutaan tertentu yang jumpa IKSIM bagi soft spoken but stern warning. We showed to them that what we shared is not baseless allegations. We showed them the proofs. But they are very powerful. They wanted the previous government to shift to the new one. They had their own reasons and they had the resources to ensure that and they had been putting the efforts since many many years.
Kekawan yang nak benci dan meluat dengan DS Najib, dengan UMNO, dengan BN, terpulang, there are some valid reasons too.
Tetapi kebencian ini jangan sampai membutakan mata kita kepada common interest, common threats terhadap ummat Islam.
Ini kekadang asal benci DS Najib, terus assume "entah2kan agenda pertahankan ASWJ dan isu2 Kristianisasi ni semua bogeyman nak pertahankan Najib."
C'mon, berlaku adil lah. Najib bukan orang agama. Kami yang usaha melalui apa connection yang ada agar pemimpin2 yang lalu mahu mempertahankan ASWJ. Wahhabi was doing the same sehingga sebahagian mereka masuk aktif ke dalam parti pemerintah ketika itu.
Kita yang cuba convince kan pihak berkuasa supaya mengambil pendirian tegas terhadap ancaman radical evangelists sebelum terlambat. Mereka pun reluctant nak bergerak. On a relatively small budget, kita memaksimumkan usaha (IKSIM tidak mendapat sebarang peruntukan kerajaan, kita bukan agensi kerajaan, just a company limited by guarantee, that's why ketika agensi2 agama comfortably housed in the new Kompleks Islam Putrajaya, IKSIM menyewa shoplot sahaja selepas tempoh menumpang di Mahkamah Syariah Putrajaya hendak ditukar kepada sewaan yang tinggi). Alih2 senang2 sahaja orang-orang kita, yang benci DS Najib, UMNO dan BN assume isu2 ini sebagai bogeyman semata-mata.
Orang-orang kita cepat memakan fitnah yang disebarkan, gelojoh menelan segala naratif yang dihidangkan dan janji2 yang ditaburkan, hilang keupayaan membezakan antara haq dan bathil, hilang keupayaan mengenalpasti mudarat yang lebih ringan. Ini nasib kita apabila hilang taqwa daripada hati. Gagal berinteraksi dengan baik dengan fitnah teknologi maklumat dan media sosial, akhirnya membawa sial.
Surah Al-Anfal, Ayat 29:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.
إن In
di dalam ayat adalah "In syartiyyah". Kita tidak memenuhi syarat (taqwa), maka kita tidak dapat apa yang dijanjikan (furqaan).

(10) Saya sambung lagi 👇

[31/05, 5:50 pm] UEF: Being seen as apolitical (tidak bermain politik) in the current mindset of our society and the easy manipulation of perception via the social media is much easier said than done.
Mandat dan objektif IKSIM adalah menjaga kedudukan Islam di dalam tanahair.
Untuk menjayakan ini (dan saya kerap sebut di dalam ceramah2 saya) IKSIM di dalam menjalankan tugas2 yang diamanahkan "buta warna politik" - maksudnya politik kepartian - tetapi tidak "buta politik".
Di dalam kami beroperasi, kami ada menghentikan program2 tertentu apabila kami dapat hidu ianya cuba disalahgunakan oleh ahli-ahli politik UMNO untuk political mileage mereka. Ketika kami engaged local MC untuk suatu program di sebuah negeri sebelum PRU 14 yang lalu, beliau announced juga kehadiran calon2 BN ke program tersebut, lalu kami perketatkan balik SOP, bukan sahaja orang-orang politik tidak dibenarkan berucap (dialu2kan hadir untuk mendengar dan memahami aspirasi kedaulatan Islam), malah nama2 mereka juga tidak dibenarkan diumumkan di dalam majlis.
Pernah ketika membentangkan slides kedaulatan Islam di sebuah daerah, penyelaras program memaklumkan kepada saya bahawa ketua Bahagian UMNO telah hadir dan bersedia nak berucap, saya tidak hiraukan dan selesaikan pembentangan saya sehingga habis. Kawan saya, penceramah seterusnya, yang kebetulan duduk hampir dengan ketua UMNO yang angkuh dan sombong itu terdengar dia membebel, katanya "penceramah takde telinga ke, orang suruh berhenti, tak berhenti". Saya selesai ceramah, terus keluar, tak bersalam pun dengan ketua UMNO yang kacau program kami (tiada di dalam aturcara asal  program ucapan daripada beliau).
That's why saya katakan saya boleh faham kalau ada ramai yang benci UMNO kerana memang perangai sesetengah orang-orang UMNO ni memang ada yang sombong melulu, detached daripada denyut nadi rakyat seperti yang berlaku ini.
Kami engaged dengan orang-orang politik supaya mereka boleh menjadi berguna untuk agama bukan supaya mereka boleh mempergunakan kami untuk politik. Dipergunakan untuk agama mulia, dipergunakan untuk politik hina. Tetapi kami tidak boleh buta politik.
Bagaimana kami boleh buta atau tidak ambil tahu politik sedangkan kajian2 kami dan maklumat2 yang kami dapat menunjukkan bahawa ada pihak-pihak yang menggunakan jalur politik untuk menjayakan agenda2 yang menjejaskan kedaulatan Islam di dalam negara.
Biasa saya dengar orang kata UMNO menjadikan DAP sebagai bogeyman untuk menakut2kan orang Melayu supaya terus mengundi BN.
Tetapi maklumat tentang agenda DAP yang menjejaskan kedudukan dan kedaulatan Islam ini bukan kami dapat daripada orang-orang UMNO, sebaliknya daripada mantan pakar strategis DAP sendiri yang pernah dilatih oleh ejen2 luar yang tersentak lalu insaf pada tahun 2011 akibat menyaksikan dengan mata kepala beliau sendiri acara angkat sumpah untuk menjadikan Malaysia negara Kristian dan menjayakan orang Kristian sebagai Perdana Menteri Malaysia!
Mahu tidak mahu kami perlu suntikkan kesedaran ini kepada ummat Islam supaya mereka berhati2.
Ada yang tidak senang dengan pendedahan2 ini. Cara yang paling mudah adalah "character assassination" .
Selain kumpulan tidak berdaftar G25, seorang agamawan di utara tanah air adalah di antara antara tokoh2 yang awal menghentam IKSIM dan melabelkan IKSIM sebagai preachers of hate.
DAP politically adalah seteru UMNO dan BN walaupun kami percaya komponen2 BN sendiri ada yang sebenarnya senada dengan DAP.
So, anything yang kami dedahkan tentang agenda2 DAP yang mengikut analisis kami menjejaskan kedaulatan Islam could easily be labelled and conveniently dismissed as menyokong BN padahal pendirian IKSIM berkaitan PRU sendiri adalah meramaikan ahli-ahli parlimen Islam yang menerima kedaulatan Islam walaupun bukan dari BN dan menolak calon2 yang menolak kedaulatan Islam walaupun dari BN.
Tetapi persepsi mudah bila menolak agenda evangelis adalah IKSIM adalah alat propaganda BN using fear mongering untuk mengekalkan kuasa BN, padahal di kalangan ahli-ahli politik BN juga kami dapat kenalpasti ahli-ahli politik mereka yang tidak menerima atau tidak mesra kedaulatan Islam.
Sebab itu yang ideal adalah ummat Islam keluar daripada political barriers yang sempit dan memecah belahkan pergi kepada kepentingan Islam yang luas dan menyatukan.
That, realistically, is a big challenge selepas lebih 50 tahun, walaupun tidak sampai 100 tahun politik kepartian mengundi 5 tahun sekali ini diamalkan di negara kita ditambah dengan faktor geopolitical dan global evangelism lagi...
نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية

(11) Selepas DAP berjaya "walks the corridor of power" pasca PRU 14, dan berlaku beberapa perkembangan, ada di antara ahli masyarakat yang pernah menjadi peserta program2 IKSIM dahulu, mereka menghubungi IKSIM menyatakan kebimbangan, malah mengakui bahawa mereka dapati bahawa data2 dan peringatan2 yang IKSIM pernah kongsikan kepada mereka, sudah berlaku di depan mata mereka sendiri.

(12) Ada pula yang melakukan perbandingan dengan "23 point checklist" yang pernah ditularkan atas nama mantan strategis DAP, Encik Razali Abdul Rahman.

(13) Walaupun mungkin bukan beliau sendiri yang menulis 23 perkara tersebut, namun beliau telah mengesahkan kebenaran isi kandungannya yang saya secara peribadi berharap tidak akan berlaku sebagaimana yang dinyatakan di dalam mesej Whatsapp yang ditularkan ini (saya kekalkan sebagaimana asal termasuk dengan typos) 👇

(14) https://ift.tt/2zQjQJb

1). Kristian ganti Islam sebagai Agama rasmi.

2). Mewujubkan Republik Malaysia.

3). Rejimen Askar Melayu Diraja dibubar.

4). Hak Melayu dibatalkan melalui pindaan Artikel 151

5). Institut Raja-Raja Melayu dimansuhkan

6). Bukan Melayu jadi Yang DiPertua Pulau Pinang.

7). Azan tidak dibenarkan berkemumadang diluar Masjid.

8). Tilawah Quran dihapuskan

9). NGO Melayu seperti PEKIDA dan PERKASA diklasifikasi sebagai penganas.

10). Majlis Agama Islam Negeri dan Persekutuan diganti dgn Majlis antara Agama.

11). Mahkamah Syariah dibubar,Mahkamah Sivil dikekalkan.

12). Insentif RM5.000 untuk kahwin campur bagi hapuskan ethnik Melayu.

13). Bahasa Ingrish ganti bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

14). Subjek Agama Islam dibatal disekolah kerana bersifat keAgamaan.

15). Komunis Chin Peng diampunkan dan diberi gelaran Tun.

16). MARA dibubarkan kerana hanya membantu Melayu.

17). Felda,Felcra,Risda disertai bukan Melayu.

18). Wang Zakat dan Tabung Haji boleh diguna bangsa lain.

19). GLC diterajui bangsa Cina

20). Ketua Turus PDRM dan ATM dipimpin bukan Melayu.

21). Kemas MKN,BTN ditutup.

22). Kedutaan Israel dibuka.

23). Semua dasar ekonomi membantu Melayu dibatalkan serta merta.

Sumber: Mohamed Razali Abdul Rahman.Bekas Pakar Strategi Politik DAP

(15) MAKLUMAT2 RINGKAS TENTANG IKSIM:

(a) Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) adalah cetusan idea seorang ahli akademik yang disuarakan kepada pihak kerajaan pada tahun 2008 di dalam program pertemuan antara Ulama dan Umara.

(b) idea untuk diwujudkan sebuah badan khas yang bertugas menjaga kedudukan dan kedaulatan Islam di Malaysia sesuai dengan sejarah dan Perlembagaan Persekutuan melalui kajian2 dan tindakan2 strategik ini diterima oleh pihak berkuasa dan usaha-usaha ke arah itu dilakukan.

(c) ia mengambil masa tidak kurang dari 6 tahun (2008 hingga 2014) untuk direalisasikan kerana persetujuan daripada pihak berkuasa agama negeri2 diperlukan.

(d) akhirnya setelah mendapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja melalui mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke 225, maka pada 9hb Disember 2014 IKSIM ditubuhkan.

(e) sebelum itu, ada nasihat daripada Majlis Raja-Raja agar IKSIM bebas daripada pengaruh parti2 politik.

(f) bagi membantu ke arah kebebasan daripada pengaruh parti-parti politik, IKSIM TIDAK ditubuhkan sebagai sebuah agensi kerajaan, sebaliknya diperbadankan sebagai sebuah SBMJ (Syarikat Berhad Menurut Jaminan) di bawah Akta Syarikat 1965.

(g) ini bermakna IKSIM tidak mendapat sebarang dana daripada pihak kerajaan.

(h) IKSIM di dalam beroperasi bergantung kepada sumbangan ummat Islam untuk kegiatan-kegiatan mempertahankan agama "fii sabiililLaah".

(i) perjuangan mendaulatkan Islam sebagai agama Negara sesuai dengan peruntukan Perkara-perkara 3(1) dan 37(1) Perlembagaan Persekutuan sekaligus mempertahankan institusi Raja-raja sebagai benteng agama walaupun bebas daripada "pengaruh parti politik", namun mustahil dapat bebas daripada "kesan politik" kerana perkembangan politik jelas memberi banyak kesan kepada banyak perkara termasuk kedudukan dan kedaulatan agama Islam.

(j) perjuangan mendaulatkan Islam sebagai agama Negara dan mempertahankan institusi Raja-raja sebagai benteng agama Islam ini dilihat positif oleh sebahagian termasuk oleh NGOs dan parti2 politik dan dilihat negatif oleh segmen masyarakat yang lain termasuk oleh NGOs (termasuk juga oleh kumpulan2 tidak berdaftar seperti G25) dan parti2 politik yang lain.

(k) sebagai contoh, isu usul pindaan kepada A355 yang akhirnya menjadi polemik politik kemungkinan besar akan ditimbang oleh parti2 dan ahli-ahli politik dengan mengambilkira "political mileage" kepada parti politik masing-masing sedangkan IKSIM sebagai sebuah institut kajian strategik mengambilkira kesan pindaan yang dicadangkan itu kepada kedaulatan agama Islam dan keberkesanan sesuatu hukuman sebagai pencegahan kepada kesalahan dan IKSIM dapati pindaan yang dicadangkan ini baik kerana ianya membawa natijah mengembalikan sejumlah autonomi dan kebebasan kepada cabang legislatif negeri yang selama ini dibatasi oleh batasan yang sempit berdasarkan butiran 1, Senarai 2, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

(l) pendirian IKSIM di dalam isu2 undang-undang dan isu2 seperti ancaman pelampau liberal dan pelampau agama termasuk ancaman2 radical evangelists disenangi oleh banyak pihak dan dibenci oleh banyak pihak yang lain.

(m) untuk mereka yang membenci perjuangan Daulatkan Islam Agama Negara yang diperjuangkan oleh IKSIM ini, cara mudah untuk menjatuhkan IKSIM adalah dengan melakukan "character assassination", melabelkan IKSIM sebagai "preacher of hatred" atau "alat politik UMNO/BN" walaupun sebagaimana yang saya kongsikan di atas, IKSIM banyak menolak campurtangan atau tunggangan politik daripada ahli-ahli politik, baik di pihak pembangkang mahupun kerajaan, dan malah kerap juga mendepani masalah dan kesukaran di dalam bergerak akibat daripada beberapa pendirian dan sikap kerajaan terdahulu.

(n) KESIMPULANNYA, selagi perjuangan IKSIM adalah untuk mempertahankan kedudukan ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA di atas manhaj yang adil dan seimbang, Ahlis Sunnah wal Jamaah, yang tidak terlajak lepas bebas (liberal) atau terlampau sempit dan keras (literal), selagi itulah pihak yang menyokong kedaulatan Islam dan institusi Raja-raja sesuai dengan sejarah tanahair dan Perlembagaan Persekutuan akan menyokong kewujudan dan pergerakan IKSIM ; dan yang menolak kedaulatan Islam dan Institusi Raja-Raja akan menolak kewujudan dan pergerakan IKSIM dan malah berhasrat mahu menghapuskan IKSIM!

(o.) Akhir kata, IKSIM hanyalah alat dan platform. Yang menjadi tujuan dan matlamat adalah hifzhuddeen, menjaga agama. Alat dan platform boleh dihapuskan, namun selagi iman membara di dada ummat, perjuangan hifzhuddeen ini mustahil akan dapat dihapuskan.

نسأل الله العفو والعافية والإخلاص والاستقامة والتوفيق والهداية.


- Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali
Previous
Next Post »
loading...