gambar hiasan |
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Barangan mahal seperti helikopter dan kapal mewah tidak harus dikecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Namun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Jabatan Kastam telah mencadangkan barangan tersebut dikecuali SST, yang diperkenal semula September ini.
Barangan kos tinggi yang dicadang itu termasuklah kapal terbang, feri untuk penumpang, kapal angkasa dan peralatan ski, tambahnya.
Senarai kastam itu masih pada peringkat cadangan dan menunggu maklum balas barangan mana yang harus dikecualikan cukai tersebut.
Pelbagai barangan, termasuk beberapa barang mahal itu, dimuatkan dalam senarai setebal 292 halaman.
* Baca seterusnya di Malay Mail.
Kerajaan 'SUCI" |