Get $25 free
loading...

Datuk Seri Najib Sampaikan Amanat Presiden Penuh Kelainan

Share This:

Taklimat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disampaikan semalam dianggap sebagai satu taklimat luar biasa dan ia dipenuhi dengan peringatan yang amat bermakna kepada ahli UMNO untuk mengukuhkan lagi parti.

Parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu diperkukuhkan dan kuat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang nanti.

Majlis taklimat itu berlangsung selama hampir dua jam diberikan perhatian oleh para perwakilan memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam laporan portal Umno Online, Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Faizal Abdullah berkata peringatan serta nasihat yang dilontarkan oleh Najib itu memberi nilai tambah kepada usaha dan semangat jentera UMNO Selangor untuk kembali merampas negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Malah yang lebih terkesan adalah usaha memperkukuhkan parti di mana resolusi yang kita capai pada Konvesnyen UMNO Selangor dua hari yang lalu nampaknya diiyakan oleh Datuk Seri Najib kali ini.

“Antara resolusi yang kita putuskan…pertamanya secara dasar kita beri sokongan penuh kepada Presiden dan tidak ada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi dalam parti dan dalam resolusi itu juga kita sebutkan di semua peringkat perlu memberikan fokus kepada pilihan raya. Amanat presiden ini selari dan selaras dengan apa yang kita bincangkan,“ katanya.

Faizal seterusnya menambah peringatan yang dikemukakan oleh Najib cukup penting kerana ianya akan menentukan hala tuju dan masa depan parti pada pilihan raya umum akan datang.

“Ingatan pertamanya agar kita beri fokus dan tumpuan kepada pilihan raya, persiapan jentera, mana kekurangan dan kerja tertinggal dan sebagainya lagi perlu diselesaikan.

“Begitu juga soal kuatkan ukhuwah di dalam parti, jangan ada perpecahan sebagainya lagi kita perlu sama-sama hayati insya Allah parti akan kuat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Shahrudin Ahmad melihat taklimat presiden pada kali ini suasananya cukup berbeza dan berlainan dengan amanat-amanat yang sebelum ini.

“Mungkin pada kali ini kita akan berdepan PRU…beliau nampaknya bercakap daripada hati yang ikhlas…apa yang terpendam, apa yang beliau rasa dilontarkan hari ini.

“Beliau perlukan satu pasukan yang kuat untuk bantu UMNO dan BN. Pada saya, nampak kesungguhan serta keprihatinan Presiden dalam memberikan amanatnya kepada perwakilan yang hadir,” katanya.

Katanya lagi tolak perbalahan, masalah dalaman dan susun saf di pelbagai peringkat merupakan antara intipati yang amat penting untuk sama-sama memberi fokus serta tumpuan kepada kemenangan dalam PRU akan datang.

Ketua UMNO Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya turut sependapat dengan para perwakilan hadir yang lain apabila turut menekankan soal kesiapsiagaan pilihan raya umum akan datang.

Cuma katanya Datuk Seri Najib kali ini bukan hanya mendasari soal teknikal atau pun bertulis tetapi juga menyentuh soal kejiwaan.

“Penekanan penting jangan kita bincang pemilihan parti tetapi tumpu PRU dahulu. Amanat telus dan ikhlas dan menampakkan hasrat hati dalaman presiden. Yang penting kena terjemahkan kepada seluruh akar umbi dan jentera di pelbagai peringkat kerana insya Allah peluang untuk menang cerah…jangan kita lalai dan kita atur strategi,“ katanya.

Datin Azura Mohd Afandi, Exco Puteri UMNO pula berpandangan masalah berlaku di mana–mana namun apa yang penting adalah saling memahami yang tentunya akan merungkai segala permasalahan yang timbul.

“Sebab itu Presiden harapkan kita selesaikan masalah dalaman. Dan ini berlaku di mana-mana dan setiap individu yang bermasalah cuba fahami dan selesaikan agar ianya dapat membantu UMNO dan BN pada pilihan raya akan datang. Dah selesai masalah kita tumpu bagaimana nak menang dan kena ada cara untuk menang.

“Dalam konteks Puteri UMNO insya Allah tidak hadapi masalah besar. Pada saya masalah dalaman UMNO pun tidaklah begitu serius dan begitu dalam Puteri. Masing-masing tahu dan lebih faham mana lebih penting,” katanya.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...