Dalam Pergerakan Puteri Umno di Perhimpunan Agung UMNO(PAU) ke 71 kali ini,sebagai mewakili puteri umno,Datuk Mas Mas Ermieyati sekali lagi megecam sekerasnya isu larangan bertudung yang sememangnya perlu dikecam.
Sebelum ini, Datuk Mas Ermieyati, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kesenian, pernah berkata, Puteri UMNO membantah sekeras-kerasnya mana-mana majikan yang tidak membenarkan wanita Islam memakai tudung sebagai syarat untuk bekerja di bidang perhotelan.
Ini suatu perkara yang berlawanan dengan menghormati agama Islam di negara kita. Saya menentang habis-habisan,” tegas beliau sebelum ini.
“Tindakan tersebut seolah-olah tidak menghormati agama Islam, apatah lagi di negara ini yang mengangkat agama Islam sebagai agama negara.”
Justeru,puteri umno mengecam tindakan sesetengah hotel dan juga pasaraya yang melarang staff wanitanya untuk bertudung.
Ini kerana ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan ini yang mana tertulis bahawa islam adalah agama rasmi.
Perwakilan Puteri Umno bukan sahaja memperkasa institusi dalam kekeluargaan dan mengiktiraf perjuangan dan kejayaan wanita ,malah memperjuangkan prinsip perlembagaaan negara.
Dengan berbekalkan keahlian seramai 390,843 orang dan pemilih PUTERI UMNO seramai 331,353 orang setakat suku tahun ke-2, PUTERI harus melangkah lebih agresif selepas ini,katanya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini