Get $25 free
loading...

Siapa Dahulu Yang Cetuskan Provokasi? MENTERI atau Rakyat biasa? DAP, Mujahid atau Moorthy?

Catatan Parlimen: Apabila Menteri Perpaduan Bertukar Menjadi Menteri Perpecahan
1. Suhu atmosfera politik tanah air luar biasa panas kebelakangan ini walaupun musim tengkujuh sudah mula melanda. Ia berikutan daripada isu ICERD yang ditentang keras oleh masyarakat Melayu-Muslim dan golongan bumiputera.

Umum mengetahui, Kerajaan PH hari ini didominasi oleh kelompok bukan Muslim kerana bilangan Ahli Parlimen Muslim dalam PH hanyalah 58 orang berbanding Ahli Parlimen Bukan Muslim seramai 66 orang.

2. Antara kesilapan besar dalam pembentukan Kabinet PH ialah apabila Perdana Menteri melantik Senator P. Waytha Moorthy sebagai Menteri melalui pintu belakang.

Dia tidak pun dipilih oleh rakyat pada PRU 14 yang lalu.

P. Waytha Moorthy merupakan pengasas dan pemimpin utama Hindu Rights Action Force (HINDRAF), kumpulan ekstrem menuntut hak penganut Hindu yang kononnya ditindas oleh kelompok Muslim di Malaysia.

Sebagai penghargaan kepada HINDRAF kerana membantu PH memperoleh sokongan undi masyarakat India maka P. Waytha Moorthy dianugerahkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).
3. Pemimpin HINDRAF yang kerjanya menghasut perpecahan rakyat dilantik sebagai Menteri untuk agenda perpaduan, sungguh melucukan bukan Kabinet PH ini.?

Sepertimana PH melantik Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh Wilayah KL sebagai Menteri Industri Utama untuk menjaga hal ehwal penoreh getah, pekebun dan peladang sawit.
4. Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha Moorthy berucap dalam perasmian penutup Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: " Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD" anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS).

Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan”.
5. Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto ketika berucap di Parlimen pada 15 Oktober 2018 turut menggesa Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD ini.
Antara kenyataan pertama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah setelah dilantik sebagai Menteri ialah pada 02 Julai 2018 , beliau menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu meratifikasikan kesemua baki 6 konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangani.
6. Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH kononnya PAS dan UMNO memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik adalah tidak benar kerana yang mula menuntut dan berjanji ICERD ini diratifikasikan ialah pemimpin PH sendiri.

Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan.
7. PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.

PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.
PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.
PAN pula tengah pening lalat, Presiden senyap sepi, Timbalan Presiden menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang ICERD.

DAP antara pendokong tegar ICERD ini, lihat sahaja kenyataan rasmi di portal Roketkini yang bertajuk "DAP harus sokong ICERD" sepertimana yang terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.
8. Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan menjadi kecoh apabila tiba giliran Senator P. Waytha Moorthy menyampaikan ucapan penggulungan belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu perpaduan.

Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.

P. Waytha Moorthy mengubah pula kenyataan yang dahulunya dia berkata Kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kepada sesi konsultasi akan bermula pada tempoh tersebut.

Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4 Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation) perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.

"4. Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection as may be necessary in order to ensure such groups or individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved."
9. Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan mengusik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan suatu hari nanti kerana pihak antarabangsa pasti mendesak ianya dihapuskan seiring dengan matlamat utama ICERD ini diwujudkan iaitu menyamaratakan hak kesemua kaum tanpa ada diskriminasi.?
Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal menjawab persoalan asas ini sehingga dia sendiri tidak dapat meneruskan sesi penggulungan akibat asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen Pembangkang.

Yang anehnya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Kerajaan PH yang berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang terkapai-kapai keseorangan menghadapi serangan demi serangan Pembangkang.
Benar apa yang dikata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini sudah hilang kelayakan untuk menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu digalas oleh Perdana Menteri sendiri.
10. Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap Menteri PH ini agar dia sedar dan insaf bahawa apa yang dia pernah sebut dalam rakaman video yang sedang hangat tersebar itu adalah suatu fitnah jahat dan pengkhianatan kepada negara Malaysia yang menganugerahkan kewarganegaraan kepadanya.

Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini akan berundur sepertimana yang dia pernah lakukan ketika bergelar Timbalan Menteri pada zaman BN dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10 Februari 2014.
Seandainya PM sedar akan kemarahan rakyat yang sedang meluap sekarang, sepatutnya sudah tiba masanya P. Waytha Moorthy ini digugurkan terus daripada jawatan menteri.

Lagipun dia bukannya dipilih oleh rakyat pada PRU 14 lepas.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
19 November 2018
Previous
Next Post »
loading...