Get $25 free
loading...

Nak Bebas Hutang Menjelang 2019, Rebut Diskaun 20% Bayar Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 31 Disember Ini

Pada Jun lalu, seramai 433,000 peminjam telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, sekaligus membolehkan mereka ke luar negara tanpa halangan.

Isu PTPTN ni memang menjadi isu hangat setiap kali diperkatakan.  Yela kan bila dah mula bekerja, komitmen jadi tinggi dan mula ada masalah nak buat bayaran balik pinjaman yang dah buat dulu.

Tapi, tahukah korang apakah kesannya jika tidak membuat bayaran balik pinjaman PTPTN?

1. Laporan kredit terjejas

Laporan kredit ni dah macam 'report card' korang kalau nak buat apa-apa pun pinjaman dengan pihak bank.  Buruk 'report card' tu, susahlah nak lulus pinjaman.  Ini kerana melalui laporan kredit CCRIS ini, pihak boleh tahu corak bayaran pinjaman yang tak konsisten atau pun korang telah disenarai hitamkan.

Selagi bayaran pinjaman PTPTN korang tak konsisten, selagi tulah korang akan mengalami kesukaran untuk memohon pinjaman serta dapatkan kad kredit daripada pihak bank. Jadi, sampai bilalah korang tak dapat nak beli aset atau melaram dengan kereta baru.  Betul tak?

2. Boleh didakwa di Mahkamah

Pihak PTPTN akan mengeluarkan notis peringatan bayaran balik dan notis tuntutan jika tiada sebarang bayaran diterima.  Kalau takde sebarang rundingan dibuat, korang boleh didakwa di mahkamah.

Setakat ini, lebih 150,000 peminjam PTPTN telah didakwa di mahkamah dengan jumlah pinjaman tertunggak sebanyak lebih RM10 juta.

Jadi, bagaimana nak lakukan bayaran balik?

Berita baik buat korang semua! PTPTN sekarang ini sedang menjalankan inisiatif diskaun sebanyak 30% bagi semata-mata nak galakkan korang bayar balik semula pinjaman dan lepas tu dah boleh mohon beli rumah!

Ada beberapa tahap diskaun yang diperkenalkan:

Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman


Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Oktober 2017 hingga 31 Disember 2018 layak mendapat insentif ini.

Diskaun 10% untuk bayaran 50% daripada baki hutang untuk sekali bayaran dan bayaran balik melalui potongan gaji


Siapakah yang layak mendapat insentif ini?


  1. Semua peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman yang diterima pada bulan yang sama adalah layak.
  2. Semua peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji dan/ atau Direct Debit mengikut amaun yang ditetapkan/ dipersetujui.
Insentif ini berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2018 dan sepanjang tempoh ni, korang bolehlah mula rancang bayaran balik ni supaya tak rasa terbeban dengan hutang dengan kelonggaran yang dah diberikan.


Kalau tak nak bayar melalui potongan gaji, boleh juga buat pengeluaran melalui Akaun 2 KWSP langsaikan terus baki yang tertunggak.  

Bagi korang yang nak buat semakan penyata pinjaman boleh dibuat dengan memilih ikon Semakan Penyata Pinjaman (link dengan Penyata Pinjaman) di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). 

Semua dah dimudahkan untuk korang.  Macam-macam medium pembayaran PTPTN dah perkenalkan untuk korang senang buat bayaran balik.

Antaranya adalah melalui:
  • JomPay (Tiada caj transaksi)
  • FPX di portal PTPTN 
Tiada caj transaksi dan pembayaran boleh dibuat melalui penolakan daripada akaun simpanan atau caj ke kad kredit.  
  • Kaunter atau kiosk PTPTN (Tiada caj transaksi)
  • Perbankan internet 
Untuk maklumat lebih terperinci, korang boleh terus layaran laman web rasmi PTPTN atau terus klik link ini untuk inisiatif diskaun 20% dan link ini untuk diskaun 10%.

Peminjam juga boleh menghubungi talian Careline 03-2193 3000 untuk mendapatkan bantuan dan info lanjut.


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...