Get $25 free
loading...

Peguam Buzze Azam ulas perjumpaan beliau dengan Edi Rejang

Selepas menemuramah Edi Rejang di Pulau Pinang siang tadi saya ingin menyatakan Seperti berikut:-
1. Siasatan kes beliau masih berjalan dan apabila telah selesai siasatan, Pejabat Peguam Negara akan memutuskan utk mendakwa ataupun tidak.
2. Beliau bertindak merakam dan menegur promoter arak berkenaan atas kapasiti sendiri, tidak di suruh oleh sesiapa.
3. Beliau sendiri tidak pasti status pekerjaan beliau dan hanya di nasihatkan majikan utk tidak dtg berkerja sehingga keadaan reda kerana Pejabat beliau di ganggu dgn banyak panggilan nakal berunsur perkauman dari individu tidak di kenali.
4. Beliau berjumpa YB Lim Lip Eng krn YB LLE ada membuat laporan polis terhadap beliau. Kebetulan seorang kenalan kerja beliau merupakan AJK DAP Kepong dan kawan beliau itu yg mencadangkan Edi Rejang berjumpa YB LLE untuk menyelesaikan ketegangan suasana.
5. Apabila berjumpa YB LLE, beliau telah menjelaskan keadaan dan mengaku telah bertindak luar batasan dgn Wanita berkenaan. Beliau seterusnya membuat rakaman permohonan maaf pertama di Pejabat YB LLE dan YB LLE berjanji untuk menemui Wanita itu utk bertanya samada beliau boleh memaafkan Edi Rejang atau tidak.
6. Selepas balik, Eddi Rejang membuat rakaman permohonan maaf dan penyesalan beliau kali ke dua (latar belakang tirai merah) dan menularkan rakaman permohonan maaf itu di YouTube.
7. Saya mendapati kedua2 permohonan maaf beliau adalah ikhlas dan beliau telah menyesal melakukan perubatan tsbt dan tak sangka ia akan di tularkan sebegini rupa.
8. Saya juga menolak tuduhan beliau agen DAP yg di upah utk berlakon sedemikian. Beliau bertindak sendirian tanpa berfikir panjang.
9. Saya berharap agar kesemua pihak berhenti dari bercakap lagi tentang kes ini krn ia bukan berpunca utk mencetuskan ketegangan kaum. Ia bermula atr seorg individu dgn individu lain yg berlainan bangsa tetapi penularan maksima rakaman ini jika tidak di kawal segera boleh mengundang ketegangan kaum.
10. Edi telah meminta maaf, menyesal dan telah di hukum oleh netizen yg mengecam beliau.
11. Edi menyatakan jika beliau di dakwa dan di hukum pun, beliau pasrah dan tidak mahu isu peribadi beliau menjadi alat kpd sesiapa utk mencetuskan ketegangan kaum di Negara ini.
12. Beliau mahu melupakan peristiwa hitam ini dan meneruskan kehidupan biasa beliau bersama keluarga dan mengucapkan terima kasih atas bantuan dan keprihatinan semua.
Sekian dan terima kasih.
Di tulis oleh,
Buzze Azam

Previous
Next Post »
loading...