Sifat rasis terpilih Parti MCA tidak wajar dalam era Malaysia Baru
1. Saya merujuk kepada kenyataan media Ketua Wanita MCA bertarikh 21 November 2018 yg di muatnaik dalam laman Web rasmi Parti MCA di url https://ift.tt/2qWvgnA
2. Ketika bertanding sebagai Calon Bebas di Parlimen P100 Pandan pada PRU14 yg lalu, saya telah mula mempopularkan istilah "Rasis Berpelembagaan".
3. Ini kerana saya telah menerima realiti bahawa setiap kaum di Malaysia akan berjuang mempertahankan hak kaum masing2 dan tindakan ini juga adalah satu unsur rasisme.
4. MCA mewakili kaum Cina, MIC mewakili kaum India dan Umno mewakili orang Melayu adalah bukti yg tak boleh di sangkal lagi bahawa unsur rasisme telah lama menjadi teras perjuangan parti2 politik dan NGO di Malaysia sejak sekian lama.
5. Cuma malangnya di sebabkan terlalu banyak peristiwa buruk telah berlaku di dunia dan kesemua tragedi berkenaan di kaitkan dengan Rasisme maka lama kelamaan perkataan Rasis yg asalnya mulia telah mula di pandang hina ibarat hinanya babi di mata orang Melayu.
6. Ini bermaksud Rasis itu boleh di pandang dari pelbagai sudut berdasarkan apa yg ada dalam fikiran seseorang.
7. Serupa juga dengan babi, bagi orang Melayu Babi di pandang sbg haiwan yang kotor dan menjijikkan selain di haramkan agama utk memakannya sedangkan utk orang Cina, mrk memandang babi sebagai hidangan yang amat menyelerakan. Objek yang sama tapi di huraikan dgn cara yg berbeza mengikut latarbelakang dan kepercayaan seseorang.
8. Tidak menjadi kesalahan jika orang Melayu berpandangan sedemikian terhadap Babi dan bukan juga menjadi kesalahan utk bukan Melayu memandang Babi sbg menu yg menyelerakan krn perbezaan bangsa dan agama kita.
9. Walaupun wujud perbezaan ketara, orang Melayu menghormati hak bukan Melayu utk menikmati makanan kegemaran mrk dan pada masa yg sama, bukan Melayu tidak akan makan babi secara Terbuka di hadapan orang Melayu. Sama juga tiada hidangan daging lembu di jamu kepada tetamu kaum India krn kita menghormati hak agama mrk walaupun pada orang Melayu, daging lembu adalah makanan kita.
10. Jadi apabila MCA menuduh saya sebagai Rasis, saya mengakuinya dan menghargainya krn saya memahami rasis itu dari sudut Rasis Berpelembagaan.
11. Apa itu Rasis Berpelembagaan? Sepertimana konsep Raja Berpelembagaan begitu juga konsep Rasis Berpelembagaan. Rasis saya mengikut peruntukan2 yang telah sedia ada dlm Perlembagaan.
12. Perlembagaan Kita telah menghadkan konsep rasisme bagi menjaga keharmonian kaum yg pelbagai. Ada sempadannya yg telah di hadkan Perlembagaan. Ikut sahaja lah hak keistimewaan kaum yg di jamin dalam Perlembagaan di masa yg sama hormat juga kepentingan sah kaum2 yg Lain.
13. Pastinya definisi Rasis di dalam kepala hotak MCA adalah berbeza dgn definisi saya. MCA mendefinisikan Rasis sebagai satu perbuatan menindas oleh kaum majoriti terhadap kaum minoriti dengan cara penghapusan etnik, pertumpahan darah dan peperangan.
14. Oh salah benar pilihan definisi Rasis kamu tu. Definisi aku lebih tepat dan murni.
15. Jadi saya mencadangkan agar MCA dan sesiapa yg berpandangan Rasis sama spt MCA agar anda membetulkan semula definisi Rasis anda kecuali itu definisinya yg anda akan buat jika anda berkuasa penuh di Tanah Melayu ini.
Salam hormat
#RasisBerpelembagaan
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Buzze Azam (fb)