SUBANG JAYA - Badan bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota bomba yang cedera dalam insiden rusuhan di hadapan kuil berkenaan pada awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya.
Setiausaha Badan Bertindak Kuil, V. K. Regu berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera bomba mengundurkan kenderaannya dengan laju sebelum sekumpulan
individu menjerit memberitahu ada seseorang di belakang.
“Tindakan mereka mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada seseorang di belakang namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.
“Anggota bomba terbabit bukan dipukul sebaliknya dilanggar jentera bomba ketika mengundur malah kami yang berada disitu untuk membantu mengeluarkannnya ,”katanya ketika sidang akhbar di Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.
V. K. Regu berkata, pihaknya mempunyai video sebagai bukti berhubung kejadian itu namun tidak membuat laporan polis kerana video tersebut telah diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. - K! ONLINE #CelahGelegar

Fattah Amin Dah Set Duit Raya Buat Fatima, Cadan ...

Shopping Sakan Persiapan Raya Di Lotuss, Hadiah B ...

Dengan Siapa Saya Boleh Bersalam? Jakim ...

Kugiran Masdo Bakal Hasilkan Lagu Kedua Pubg Mobil ...