Get $25 free
loading...

[VIDEO, 8 GAMBAR] Bangunan ONe City, Jentera BOMBA, Ambulan BOMBA DIROSAKKAN, 3 kenderaan Awam DIBAKAR

Pusat Beli Belah One City dirosakkan
SELEPAS membakar tiga kenderaan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, kumpulan individu terbabit berarak ke One City, awal pagi hari ini.
Mereka bergerak ke pusat beli-belah yang terletak kira-kira dua kilometer dari kuil berkenaan, jam 2 pagi.
Difahamkan, kumpulan individu terbabit bertindak memecahkan pintu dan dinding cermin bangunan One City.
SEORANG anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut dirosakkan kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, dalam kejadian kira-kira 1 pagi, hari ini.
Anggota berkenaan diserang selepas pasukan bomba dari balai terbabit tiba di lokasi.
“Dalam kejadian 1 pagi tadi, jentera FRT milik BBP Subang Jaya turut mengalami kerosakan apabila perusuh bertindak memecah cermin hadapan serta belakang selain cermin tingkap jentera di sisi kiri dan kanan.
“Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah di cucuk objek tajam selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera yang kemek dipercayai dipukul objek keras,


Jentera BOMBA dirosakkan
Ambulan BOMBA dirosakkan


Previous
Next Post »
loading...