Saya dianggap sampah masyarakat, ada yang kata "Kau Bodoh" Itulah kata kata semasa saya sedang mengambil sebatang buluh ditepi sungai berdekatan dengan rumah. Kata kata itu bukanlah melarang saya untuk terus mengambil, cuma dia mengangap buluh itu tiada nilai dalam kehidupanya.
Buluh umpama ‘emas’ yang sangat berguna dalam kehidupan saya. Bahan ini boleh dibuat muzik tradisi dan dapat dijual. Jesteru itu, walau didasar laut, diatas bukit atau dihutan belantara, saya sangup mencari demi memartabatkan muzik tradisi Sabah.
Dengan hanya berbekalkan parang, membuat alat muzik menjadi kerja routin harian dibelakang rumah. Kini tempat bengkel ini menjadi tumpuan kepada pelajar IPTA/S membuat kajian muzik tradisi untuk dibukukan sebagai rujukan sekolah. Permintaan yang banyak mendorong saya untuk memasarkan alat muzik tradisi buluh di pusat membeli belah seperti Suria Sabah dan mendapat sambutan ramai.
Disamping memperkanalkan alat muzik kepada guru guru melalui bengkel muzik buluh disemua Pejabat Pendidikan daerah (PPD), saya membuat pembentangan tentang muzik tradisi buluh didepan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Mahdzir bersama kakitanganya di Kuala Lumpur tahun 2016 dan mendapat kebenaran sebagai pembekal utama serta jurulatih luar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kini permintaan alat muzik daripada sekolah semakin meningkat.
BACA: ''Perempuan Kalau Buat Kerja 'Welding' Lambat, Simpanlah Angan-Angan Tu," Dari Herdikan, Wanita Ini Kini Punyai Kedai Kimpalan Sendiri
Hari Ahad dan hari cuti umum bukanlah rehat untuk saya. Malah menggunakan masa tersebut untuk membuat alat muzik buluh dan mengatur jadual kelas kepada semua sekolah yang membeli alat muzik tersebut.
Dalam kesibukan membuat dan mengajar alat muzik buluh kepada sekolah sekolah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) telah menghidu aktiviti seni ini melalui facebook dan media social. Memperkasa seni buluh adalah seiring dengan wawasan JKKN. Maka pada November 2016, saya dianugrah sebagai Tokoh usahawan bambu Negeri Sabah 2016.
Kini produk alat muzik daripada bahan buluh sudahpun dipasarkan lebih dari 40 buah sekolah termasuk Universiti dengan angaran pendapatan RM200,000.00 hasil dari kerja routin harian dibelakang rumah.
Beliau adalah Kuhim @ Ebin Ugat yang merupakan salah seorang dari 12 peserta PROJEK INSPIRASIKU anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana mereka akan berentap ke peringkat akhir yang akan berlansung beberapa hari sahaja lagi.
Kepada semua rakyat Malaysia yang inginkan inspirasi dalam perniagaan, tidak kiralah perniagaan kecil atau besar, bermula dari seronok-seronok dari rumah, anda boleh lihat 12 orang boleh dianggap ikon ini berentap secara langsung atau Live di laman Facebook, Instagram dan Twitter SSM pada 28 November ini.
Mereka yang berjaya akan membawa pulang hadiah utama RM10,000 dan trofi. Jom lihat semua video usahawan-usahawan ini, setiap mereka mempunyai kisahnya tersendiri untuk berjaya.
lagi info di : Gosip Artis Terkini