Get $25 free
loading...

Matawang Kuda pulak, macam2 benda pelik timbul--Najib


Berminat dengan matawang kuda?

Macam-macam benda pelik timbul kebelakangan ini. 

Mula-mula ada Skim FundMyHome yang dikatakan akan bantu pemilikan rumah tetapi tiada orang yang bersetuju. Hanya Menteri Kewangan dan pemilik skim bertegas.

Kemudian matawang kripto Harapan Coin dicadang digunakan dalam transaksi kerajaan. Ia telah beroperasi tanpa kelulusan dan pemilik skim (developer) diakui akan dapat 30 peratus. Menteri mengaku juga dia dan rakan-rakan terlibat dalam projek ini.

Saya teringat juga berita mengenai matawang kripto kuda atau Horse Currency oleh sebuah syarikat swasta, di mana mereka akan tawarkan duit syiling awal atau ICO kepada orang awam. 

Baguslah. Lepas ini apa pula?

Saya akan berikan lebih banyak pandangan mengenai matawang kripto dalam beberapa hari ini.

Oleh :Najib Razak 
Previous
Next Post »
loading...