Get $25 free
loading...

Hadiah Birthday Paling Bermakna Buat Daddy

Semalam 18 November 2018, antara ulang tahun kelahiran aku yang paling bermakna dalam hidup. Sebabnya, sehari sebelum tu adalah hari graduasi Khair. Hari yang menandakan bahawa tamat sudah sesi pra-sekolahnya sekaligus memberi makna bahawa tahun depan dia bakal menjejakkan kaki ke sekolah rendah.

Walaupun semasa hari graduasi berlangsung, tiada anugerah pelajar cemerlang atau sebagainya (semua pelajar sama rata), tapi yang paling membanggakan aku apabila dia mampu berdiri diatas pentas dikhalayak ramai untuk membacakan doa pembuka majlis.

Jujur.. dalam hati rasa sebak. Tak sangka masa bergerak begitu pantas. Anak kecil yang dulunya tak pandai membaca, selalu menangis bila sampai depan pintu sekolah.. dikhabarkan oleh cikgunya bahawa dia adalah pelajar harapan sekolah.

Nak menangis.. tapi air mata ditahan supaya tak menghilangkan macho seorang daddy. Hahaha. Apa-apa pun, Alhamdulillah. Berkat tunjuk ajar dari guru-guru di Adik Genius Integrated Pre-School, penat lelah melayan karenah hantar pergi sekolah. Akhirnya Khair berjaya buat daddy bangga – Hadiah hari jadi yang paling bermakna buat daddy. 🙂

Last but not least, nyanyian lagu “Surat Cinta Untuk Guruku” oleh pelajar-pelajar Adik Genius Integrated Pre-School. ~ mood tahan air mata juga. Hahaha.

Lirik lagu:

Kutuliskan sebuah kenangan
tentang aku, guru, dan kawanku
tentang apa yang membuatku sudah
bersyukur atas semua ini

Takkan habis sejuta lagu
‘tuk ceritakan, semua jasamu
Kan teramat panjang puisi
Tuk ucapkan, syukur kami

Terima kasih kawan-kawanku
Terima kasih untuk guruku
Karena telah kau beri
Kisah dan ilmu dalam hidupku

Aku pernah berpikir tentang
Hidupku tanpa ada dirimu
Dapatkah lebih indah dari
yang kujalani sampai kini

Aku slalu bermimpi tentang
Indah hari tua ka re na mu
Menggapai semua mimpi dan cita
untuk, masa depan

Terima kasih kawan-kawanku
Terima kasih untuk guruku
Karna tlah kau beri
Kisah dan ilmu dalam hidupku

Selamat jalan kawan-kawanku
Selamat tinggal para guruku
Aku yakin … – kita akan
bertemu lagi ..

Bila tahun berganti
Sampai waktu terhenti
meski renta usia kami
kau kan tetap di hati ..

Terima kasih kawan-kawanku
Terima kasih untuk guruku
Karna tlah kau beri
Kisah dan ilmu dalam hidupku

Selamat jalan kawan-kawanku
Selamat tinggal para guruku
Aku yakin … – kita akan
bertemu lagi ..
Aku yakin … – kita akan
bertemu lagi

p.s: Semoga terus membuatkan ibu dan daddy bangga dengan Khair. Dalam masa yang sama jadi role model untuk adik dan “bakal” adik. InshaAllah.


Previous
Next Post »
loading...