■ HINA SANGATKAH BANGSA MELAYU, DR MASZLEE? ■
Nabeel diperlihatkan video ini. Tiba - tiba Nabeel sedih.
Abah dan mak Nabeel adalah penerima BR1M. Hina sangatkah penerima BR1M ini di mata Dr Maszlee?
Abah dan mak Nabeel adalah orang melayu dalam kategori B40 yang Dr Maszlee tertawakan itu. Hina sangatkah kami?
Memang benar agama itu lebih diberi keutamaan berbanding bangsa. Namun di Malaysia, realitinya adalah bila dikatakan melayu itu adalah Islam. Di dalam perlembagaan, tidak kira apa warna kulit, jika mereka beragama Islam, warganegara, boleh bertutur dan mengamalkan budaya & adat melayu melayu - mereka adalah MELAYU.
Malah salahkah kerajaan dahulu membantu rakyat miskin yg majoritinya adalah melayu?
Malah nabi juga memuji sikap membantu dan menaikan mertabat bangsa / kaum mereka sendiri.
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hari ini, adakah umat Islam dijamin haknya? Masih ingin "ketawa" dengan apa yang berlaku hari ini?
Nabeel benar - benar kecewa dengan Dr Maszlee.
Boleh lihat video penuh di sini : https://youtu.be/yxOoCg3Pk9Q
- Nabeel Naqie -
( Kredit Video Lee Ta'arafu Projek)