(Dikemaskini jam 5:09pm)
Kuala Lumpur, 3 Jun: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak telah ditahan.
Sumber rapat dari Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengesahkan Najib ditahan di rumah beliau di Langgak Duta pada jam 3 petang tadi.
Najib dijangka akan dibawa ke pejabat SPRM di sini dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.
Perkembangan terkini menyusul kemudian.
Kemaskini jam 4:52pm:
Malaysikini pula melaporkan dengan memetik “beberapa sumber polis dan SPRM yang dihubungi “ memberitahu, Najib dibawa dari rumahnya petang tadi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk soal siasat lanjut.
Manakala Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata “Saya sedang berjumpa dengan ketua polis negara sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan media sekejap lagi,”
Kemaskini jam 5:09pm:
Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi. Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd. Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memaklumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.
Kemaskini dari masa ke semasa akan dilakukan… terukan follow ohkiji..
Anda suka tak dengan pos ini?